Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Saya Sayang Awak Lebih Dari Awak Sayang..." – Sweet Sungguh Ucapan Sheila Rusly Sempena Hari Lahir Suami

Asraf Aided 08/01/2020 | 11:23 MYT
Penerbit, pelakon dan pengacara, Sheila Rusly menulis ucapan istimewa buat suaminya, Azman Haji Yahya atau Jinggo yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-54 hari ini.
Sheila berkongsi ucapan itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini.
"8.1.66 I sayang you babe, takda orang boleh sayang saya macam awak walaupun kadang-kadang saya stress, sebab saya sayang awak lebih dari awak sayang saya.
"Selamat hari lahir Tok Sidang," tulisnya sebagai kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari rakan artis dan para pengikut di ruangan komen.
Rata-rata mereka turut menulis ucapan hari lahir dan mendoakan kebaikan buat Jinggo.

8.1.66 I sayang u babe.Takde orang boleh sayang i macam mana u sayang i walaupun kadang kadang i stresssssss.. sebab i sayang u lebih dari u sayang i? Happy bornday Tok Sidang @jinggo_jspictures #toksidangturns54 #nyawasis #sentiasabersyukur #alhamdulillah

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on

Sekadar info, Sheila dan Jinggo mendirikan rumah tangga pada tahun 1995.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.
#Sheila Rusly
;