Pengacara Nana Mahazan menafikan dakwaan dirinya bersikap sombong apabila berada di tempat awam.

Malah kata Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, dia seorang yang suka melayan serta senyum kepada orang lain secara rawak.

Bagaimanapun, Nana dapat merasakan mungkin ia hanya salah faham sahaja kerana dia sendiri tidak pernah berniat untuk bersikap sebegitu.

“Tak paham bila ada orang cakap kita sombong. Saya seboleh bolehnya akan layan, senyum atau apa yang patut.. sedih but I accept.. maybe orang kadang salah faham, or kita salah faham.

“Kadang-kadang orang tengok kita tak senyum, dia expect kita senyum dulu. Kadang-kadang saya pun tak sure apa nak buat.

“Ada orang kita senyum pun dia tak senyum balik.. susah ek? Nak tahu yang orang tu kenal kita ke tak ke, nak kita buat apa.. Entah..,” tulisnya.

Nana berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya

Menerusi entri tersebut juga, dia turut berkongsi resepi memasak nasi goreng sardin.

Pun begitu, Nana meminta maaf jika ada yang merasakan dia bersikap sombong.

“Kalau saya salah, kalau ada yang rasa saya sombong, saya mintak maaf okay? Saya pun maafkan semua yang buat saya sakit hati.. Move forward.. Be kind..,” jelasnya lagi.

Entri tersebut turut mendapat perhatian rakan artis serta peminatnya yang memberitahu pengacara itu tidak pernah dilihat bersikap sombong, malah seorang yang sangat mesra dan ramah.

Tak paham bila ade org ckp kita sombong. Saya seboleh bolehnya akan layan, senyum or apa yg patut.. sedih but i accept.. maybe org kadang salah paham, or kita salah paham. Kadang org tgk kita xsenyum, dia expect kita senyum dulu. Kadang kadang saya pun xsure apa nak buat. Ada org kita senyum pun dia xsenyum balik.. susah ek? Nak tahu yg org tu kenal kita ke x ke, nak kita buat apa.. tah.. ? . . kalau saya salah, kalau ada yg rasa saya sombong, saya mintak maaf ok? Saya pun maafkan semua yg buat saya sakit ati.. move forward.. be kind.. ❤️ . Tag kawan korang yg suka nasik goreng ?

A post shared by ᑎᗩᑎᗩ ᗰᗩᕼᗩᘔᗩᑎ™️ (@nanamahazan) on