Penyanyi dan pelakon Chubb-E tampil memohon maaf selepas menimbulkan kekecohan berhubung beberapa keping gambarnya bersama seorang wanita seksi.

Permohonan maaf secara terbuka itu dibuat Chubb-E menerusi satu hantaran di Instagramnya sebentar tadi.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di Hari Jumaat yang penuh barokah ini Saya Chubb-E, dengan ini memohon maaf secara terbuka kepada semua, berkenaan gambar dari muzik video lagu Rambang saya sebelum tayangan sebenar yang telah tersebar baru-baru ini.

“Saya sedar gambar berkenaan adalah adegan yang tidak sesuai ditonton oleh mana-mana pihak atau individu.

“Dengan rasa rendah diri saya sekali lagi memohon maaf pada semua di atas kekhilafan saya ini. Sekian dan Salam Ramadhan,” katanya.

Untuk makluman, nama Chubb-E sebelum ini secara tiba-tiba ‘meledak’ di media sosial apabila beberapa keping gambarnya bersama seorang wanita seksi tular.

Difahamkan, gambar berkenaan merupakan sedutan daripada video muzik lagu terbaharu nyanyian Chubb-E dan Zyc berjudul Rambang.

Berdasarkan dua keping gambar itu, kelihatan seorang model wanita yang sedang duduk di 'arm rest' kerusi diduduki Chubb-E.

Namun, apa yang lebih mengejutkan, model berwajah Pan Asia itu cuma memakai jaket bagi menutupi lengan dan belakangnya manakala bahagian lain dibiarkan terdedah.

Malah, ada yang mendakwa penampilan model berkenaan terlampau seksi.

A post shared by ♦ CHUBB-E JMG ♦ (@donutfingerlicking)