"Saya Sedih Dan Sangat Depress..." - Daphne Iking Minta Rakyat Sabah Keluar Mengundi

Badrul Hashim
September 26, 2020 04:30 MYT
Pelakon dan usahawan Daphne Iking meminta rakyat Sabah untuk keluar mengundi demi menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Dalam temu bual melalui video bersama Astro Awani, Daphne meluahkan rasa sedih kerana dia tidak dapat kembali ke Sabah untuk sama-sama mengundi.
"Sebenarnya Daphne dapat tiket untuk fly semalam dan to fly back hari ini, tapi saya kena veto dengan decision.
"Kalau anda berada di Sabah dan boleh keluar, pergilah mengundi. Macam kita orang di Semenanjung, kita ada banyak masalah. Satu adalah kewangan dan keduanya takutkan Covid-19," katanya kepada Awani.
Hari ini berlangsung proses membuang undi bagi Pilihan Raya Negeri Sabah yang melibatkan lebih sejuta pengundi berdaftar.
Sumber: Astro Awani
#Mengundi #Daphne Iking #SabahMemilih