"Saya Segan, Malu..." - Instagram 'Ghaib', Ini Penjelasan Scha Alyahya
ZULHILMI JALIL
23/10/2020 06:45 MYT
23/10/2020 06:45 MYT
Pelakon dan pengacara terkenal, Scha Alyahya menjelaskan situasi sebenar yang berlaku kepadanya rentetan status akaun Instagram miliknya yang gagal diakses 5 juta pengikutnya semalam.
Scha, atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 37, memberitahu akaun media sosialnya itu tanpa sengaja telah dinyahktif ketika cuba menghubungkannya dengan akaun media sosialnya yang lain.
"Saya tersilap menyahaktif akaun saya sebab nak link kan kepada akaun media sosial yang lain. Jadi, sekarang ini tengah proses nak recover akaun balik.
"Saya cuba nak aktifkan semula tapi ada prosesnya, sebab saya pula bijak laksana bulan, tak ingat kata laluan," katanya ketika dihubungi Gempak menerusi kiriman mesej di WhatsApp hari ini.
Menurut Scha, dia sedar ramai netizen yang prihatin dengan keadaannya dengan cuba mendapatkan penjelasan di ruangan komen Instagram suaminya, Awal Ashaari.
"Jujurnya saya segan, malu, dan janggal dengan situasi dan perhatian sekarang ini.
"Sebab tu saya tak mahu guna platform Awal dan Lara untuk terangkan," katanya.
Ditanya bilakah kemungkinan akaun Instagramnya dapat diakses semula peminat, katanya: 'Hopefully soon' (Harapnya dalam masa terdekat).
Semalam, akaun Instagram Scha yang dinyahaktif secara tiba-tiba menjadi tanda tanya dalam kalangan warganet.
Insiden itu terjadi selepas Scha memuat naik satu hantaran di Instagram yang seolah-olah menggambarkan perasaannya ketika itu.
BACA: Scha Al-Yahya ‘Deactivate’ Instagram Selepas Muatnaik Posting ‘I’ve Had Enough’, Warganet Mula Risau!