,
Berita

“Saya Selalu Menangis Dalam Bilik Air Seorang Diri…”- 5 Tahun Menanti Cahaya Mata, Siti Elizad Dedah…

Syafiqah Jalal
16/01/2020
22:43 MYT
Penyampai radio Sinar, Siti Elizad akui sedih dan tertekan kerana selepas lima tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman, mereka masih tidak dikurniakan cahaya mata.
Kata Elizad, rasa sedih itu kadangkala tidak dapat ditanggungnya dan ia perlu diluahkan menerusi tangisan.
“Orang tak tahu sebenarnya saya selalu menangis dalam bilik air seorang diri kerana terlalu sedih memikirkan nasib saya masih belum hamil.
“Saya sedih dan kadang-kadang tertanya juga, kenapa Allah dah bagi semua nikmat dan rezeki kepada saya tetapi rezeki cahaya mata sahaja belum saya nikmati.
“Namun saya bersyukur kerana suami sangat memberikan sokongan padu kepada saya supaya tidak terlalu bersedih dan tertekan memikirkannya,” katanya kepada Gempak.
Elizad yang juga merupakan pengacara Mingguan Wanita itu berkata, ia dugaan besar dan berat buat dirinya kerana keinginan untuk mempunyai zuriat sendiri itu sudah lama diimpikan. Namun, Elizad berkata dia dan suami bakal menjalani proses IVF untuk langkah terakhir mendapatkan zuriat.
“Sejak tahun lalu sebenarnya kami sudah mula mendapatkan rawatan dan mencuba makan pelbagai ubat tapi hasilnya masih sama.
“Setelah pelbagai usaha dilakukan, kini saya sudah bersedia untuk melakukan proses IVF dalam usaha untuk mendapatkan zuriat,” katanya lagi.
Elizad berkahwin dengan Shamsul pada 11 Januari 2015 yang merupakan duda anak dua.
Mengenai perkembangan kerjaya seninya, Elizad tampil dalam Duo Sinar bersama Hefny Sahad setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 3 petang hingga 7 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dedah Bekas Suami Yang Minta Cerai, Yulhee Risau Efek Emosi Anak – “Perceraian Adalah Pilihan Paling Akhir Apabila Sudah Tiada Jalan Lain”

gempak
23/10/2024
16:00 MYT
Bekas anggota Kumpulan K-Pop LABOUM iaitu Yulhee mendedahkan bekas suaminya, Minhwan merupakan orang yang pertama meminta cerai.
Berita

CEO GISB, Isteri, Anak 'Abuya' & 19 Individu Didakwa Jadi Ahli Kumpulan Jenayah Terancang

gempak
23/10/2024
03:45 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali, isterinya Azura Md Yusof; anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi dan 19 individu lain didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak 2020 lalu.
Hiburan

“Saya Ada Jumpa Dengan Fatima Cuma Keadaan Dia Tak Sama” - Fattah Amin

gempak
22/10/2024
03:20 MYT
Aktor Fattah Amin memaklumkan dia ada berjumpa dengan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, baru-baru ini.
Terkini

Shakilla Khoriri Dapat Hak Penjagaan Anak Sepenuhnya - “Doakan Daddy Ameena Patuh Pada Amanah Dan Tak Lupa Tanggungjawab”

gempak
22/10/2024
00:45 MYT
Pelakon Shakilla Khoriri memaklumkan dia mendapat hak penjagaan anak sepenuhnya selepas proses hadanah selesai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada Isnin.
Hiburan

Anak-Anak Munif Hijjaz Teruskan Legasi Nasyid, Lancar Lagu Sulung Perjalanan

gempak
21/10/2024
11:46 MYT
Setelah berkecimpung dalam industri nasyid selama lebih tiga dekad, kini Munif Hijjaz membuka dan merintis jalan kepada anak-anaknya untuk meneruskan kesinambungan dalam memperjuangkan lagu-lagu dakwah ketuhanan agar terus segar seiring dengan peredaran zaman.
BorakSeeni