Laman Utama

“Saya Selalu Ternantikan Nyanyian Arwah” - Siti Nurhaliza Kenang Momen Indah Bersama Adibah Noor, Sempat Juga Untuk...

Hanafis Haris
19/06/2022
07:00 MYT

Pemergian Allahyarhamah Adibah Noor petang semalam turut memberi kesan terhadap penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi satu posting terbaru di Instagramnya, Siti berkongsi pandangannya terhadap keperibadian mulia pelantun lagu Terlalu Istimewa itu.

“Salam Takziah buat keluarga arwah kak Adibah Noor. Semalam semasa pengajian bersama Ustaz Wadi Anuar di rumah, saya dapat berita pemergian insan yang disayangi ramai.

“Sempat kami beramai ramai mendoakan arwah.

“Kak Adibah sepanjang mengenalinya seorang yang sangat disenangi, suka berjenaka, tak lokek ilmu, merendah diri dan penghibur sejati.

“Saya selalu kagum bila dengar arwah bercakap apatah lagi bila menyanyi. Bila dalam satu majlis, saya akan sentiasa ternanti nanti nyanyian arwah, istimewanya arwah.

“Tapi kini Arwah telah pergi meninggalkan kita pulang ke negeri abadi.. Kita juga akan pulang bila sampai masanya,” katanya.

Tambah Siti, dia memohon orang ramai untuk banyakkan sedekah surah Al-Fatihah untuk Allahyarhamah.

“Marilah sedekahkan Al Fatihah kepada arwah yang pernah buat kita ketawa & menyentuh hati kita dengan kebaikannya.

“Semoga Arwah ditempatkan bersama insan terpilih disana. Ya Allah ampunilah dia dan kasihanilah dia Ya Allah,” katanya.

Terdahulu, jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat Kuala Lumpur pada jam 11.31 pagi tadi.

Ratusan hadirin termasuk ahli keluarga, sahabat dan rakan artis tampil memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Antara rakan selebriti yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah penyanyi dan komposer Datuk M.Nasir, Anuar Zain, Datuk Hans Isaac, dan pelakon Remy Ishak.

Untuk rekod, industri seni dikejutkan dengan pemergian sebutir permata yang disayangi ramai, Allahyarhamah Adibah Noor.

Arwah sebelum ini pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV8).

Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 6.00 petang Sabtu di Hospital Gleneagles.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Harumkan Nama Malaysia, Anak Saudara Siti Nurhaliza Rangkul Pingat Emas Dalam Pertandingan WCOPA Ke-27

gempak
06/07/2024
06:04 MYT
Anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Umai, berjaya merangkul pingat emas di 2024 Junior Champion Vocalist menerusi pertandingan antarabangsa World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Los Angeles pada Sabtu.
Hiburan

Pulihkan Hubungan Sharifah Aini & Siti Nurhaliza Antara Pencapaian Huzz Yang Membanggakan

gempak
02/07/2024
06:34 MYT
Penyatuan dua penyanyi hebat iaitu Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan antara pencapaian membanggakan sepanjang Allahyarham Huzz bergelar wartawan hiburan.
Gaya Hidup

Reka Dua Busana Untuk Konsert Di Singapura, Ezuwan Ismail Puji Sikap Membumi Siti Nurhaliza - "Sampai Backstage Dia Dah Siap Solek, Bertelekung Tunggu Waktu Solat ..."

gempak
01/07/2024
02:54 MYT
Pereka fesyen, Ezuan Ismail kagum dengan cara kerja yang ditunjukkan penyanyi tersohor Datuk Seri Nurhaliza sepanjang dua hari berada di belakang pentas bersempena dengan Konsert Fenomena: Siti Nurhaliza Live In Singapore 2024, baru-baru ini.
Hiburan

Aina Abdul, Ernie Zakri Bakal Duet Lagu Kurik Kundi! Ini Kejutan Lain Konsert Destiny Of Music

gempak
08/06/2024
18:17 MYT
Konsert Destiny of Music yang akan diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada 29 Jun 2024 ini tampil kelainan dengan mempersembahkan perjalanan dan perkembangan muzik dari era 80-an hingga ke masa kini.
Hiburan

“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza

gempak
23/04/2024
07:55 MYT
Kalau ada rezeki, ada.