Berita
“Saya Sendiri Nampak Dia Bersama Seorang Lelaki Di Bilik Hotel”- Muizz Mengaku Dayus Kalau Tak Ceraikan Nadia Brian
Suami pelakon Nadia Brian, Muizz Nasruddin akui tekad memfailkan perceraian terhadap isterinya kerana menyifatkan kecurangan yang dilakukan amat sukar untuk dimaafkan.
Menurut Muizz, perceraian itu telah difailkan pada 2 Oktober 2020 dan tarikh pembicaraan yang sepatutnya dijadulkan pada 3 November lalu terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baharu.
“Saya failkan di Makamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 2 Oktober 2020. Tarikh pembicaraan ditetapkan pada 3 November. Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kes sebutan dan bicara ditangguhkan pada satu tarikh ditetapkan kelak.
“Saya nekad dengan kuputusan kerana kecurangan yang dilakukan oleh isteri amat sukar untuk saya maafkan. Jikalau tak ceraikan dia, saya menjadi seorang suami yang dayus. Moga Allah lembutkan hati saya untuk maafkan perbuatannya,” katanya.
Muizz memberi kenyataan tersebut kepada Astro Gempak selepas dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.
Beberapa hari lalu, Nadia dalam kenyataan media memberitahu semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini adalah fitnah.
Bagaimana pun, Muizz akui dia telah menyimpan beberapa bukti malah mendakwa melihat kecurangan itu di hadapan matanya sendiri.
“Ramai yang tanyakan tentang bukti-bukti yang ada pada saya. Ikutkan hati, saya memang nak tunjuk. Oleh kerana kes ini masih dalam siasatan polis. Saya serahkan kepada mereka
“Saya telah membuatkan laporan polis pada 6 Oktober di Balai Polis Cyberjaya dan di IPD Sepang. Saya sendiri saksi dan nampak isteri saya bersama seorang lelaki di bilik hotel di Cyberjaya.
“Ada juga bukti atau keterangan lain yang boleh membuktikan kebenaran daripada pihak saya untuk membuktikan mereka berdua menginap selama dua malam.
“Sekiranya siasatan telah selesai, apa yang dilakukan lelaki ini merupakan satu kesalahan jenayah dan boleh dituduh di bawah seksyen 498 kanun keseksaan,” beritahunya lagi.
Tambah Muizz lagi dia yakin apa yang dibuktikan nanti bukan fitnah semata-mata
“Saya tak faham ‘fitnah’ apa yang dikatakan oleh isteri saya. Kenapa nak fitnah isteri saya sendiri? Kita baru berkahwin tak sampai setahun. Apa yang saya perolehi dari semua ini?
“Saya ada bukti yang secukupnya. Tapi yang paling penting nampak dengan mata kepala saya sendiri.
“Saya telah menunjukkan bukti-bukti yang saya ada pada isteri dan keluarganya. Isteri pun mengaku kesilapannya kepada saya.
“Adakah itu masih fitnah? Kenapa tidak nafikan kenyataan saya? Sudah sudahlah tu bermain ‘victim’ di social media untuk menunjukan yang saya ini jahat,” ujarnya lagi.
Muizz juga memberitahu dia tidak berhasrat untuk mengaibkan isterinya sendiri tetapi hanya mahu membersihkan nama dan maruah keluarganya.
“Saya tidak berhasrat untuk mengaibkan isteri, tetapi harus bersihkan nama dan maruah saya dan keluarga.
“Saya juga harap ini dapat menjadikan suatu pengajaran kepada mereka yang dicurangi kerana ada undang-undang yang boleh membantu kita.
“Saya ingin episod ini berakhir secepat mungkin supaya saya boleh meneruskan kehidupan,” jelasnya.
Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan tersebut hangat diperkatakan sejak Oktober lalu.
Lebih mencetuskan tanda tanya, Muizz turut mendedahkan Nadia berlaku curang terhadapnya bersama dua lelaki lain.
Nadia dan Muizz yang juga seorang ahli perniagaan mendirikan rumah tangga pada 9 November 2019.
Must-Watch Video