,
Berita

"Saya Sendiri Pernah Alami Kesusahan Yang Hampir Sama Seperti Mereka" - Aliza Ali

Asraf Aided
18/02/2019
07:20 MYT
Usahawan berjaya yang memegang portfolio sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali mahu menyelami sendiri masalah dan kegetiran yang dihadapi oleh peserta program nyayian terbaru, Mikrofon Impian.
Ketika dihubungi Gempak, Aliza yang merupakan juri motivasi dalam rancangan itu mahu memberi semangat kepada peserta yang mengalami masalah kewangan kerana dia sendiri memahami dan pernah mengalaminya suatu ketika dahulu.
"Saya ingin menyelami sendiri perasaan para peserta menerusi cerita yang mereka kongsi.
'Dengan itu, saya dapat memahami masalah mereka, dan ini membuatkan saya terfikir serta menyedari bahawa ramai lagi insan yang susah di luar sana yang memerlukan peluang kedua untuk mengubah hidup dan menjalani kehidupan yang lebih baik.
"Bertindak sebagai juri motivasi, saya ingin memberi semangat kepada para peserta agar mereka lebih kuat menjalani dugaan yang dihadapi, jika mereka terus berusaha, kejayaan pasti akan menjadi milik mereka," kata Aliza.
Dalam pada itu, usahawan jelita ini turut mendedahkan bahawa kejayaannya sekarang turut bermula dari bawah.
"Saya sendiri pernah mengalami kesusahan yang hampir sama seperti mereka dari segi kewangan, sebelum saya berada di mana saya berada sekarang, saya bermula dari bawah dan bukan dari keluarga yang senang," tambah Aliza.
Mikrofon Impian merupakan sebuah program dimana peserta berpeluang memenangi sejumlah wang untuk menyelesaikan masalah kewangan jika menang menerusi pertandingan nyanyian ini.
Dua peserta akan berentap dalam pusingan kalah mati untuk setiap episod dan mereka diminta menjelaskan situasi kewangan sebelum menyanyikan lagu pilihan masing-masing di hadapan juri.
Setiap minggu para peserta juga akan diadili oleh juri undangan khas seperti Zamani, Elyana, Mark Adam, Elizabeth Tan, Tomok, Hazami, Salih Yaacob, Mawi dan Siti Nordiana.
Mikrofon Impian akan bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mikrofon Impian Musim Kedua Kembali, Cuba Realisasikan Hajat Lagi

gempak
27/12/2020
10:20 MYT
Mikrofon Impian bersiaran secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123)
Berita

Mikrofon Impian : "Saya Mahu Bayar Gaji Pekerja Yang Tertangguh" - Yasser Berjaya Bawa Pulang RM15,000

gempak
20/05/2019
08:23 MYT
Berita

Mikrofon Impian : "Saya Tidak Rasa Terbeban Lagi" - Hasif Sharuddin Bawa Pulang RM10,000

gempak
29/04/2019
06:17 MYT
Berita

"Jika Sumbangan Kecil Saya Dapat Bantu & Mengubah Hidup Seseorang, Saya Akan ....." - Aliza Ali

gempak
19/04/2019
04:04 MYT
Berita

Mikrofon Impian : "Insya-Allah, Apa Yang Saya Hutang Selama Ini Dapat Diselesaikan" - Azinawati Menangi RM 20,000

gempak
15/04/2019
06:40 MYT
BorakSeeni