"Saya Sendiri Rasa Kecewa" - Vokalis Masdo Minta Maaf Selepas 'Rosakkan' Lagu Siti

Amri Hassan
Januari 16, 2019 02:26 MYT
Vokalis Kugiran Masdo, Ali Sariah membuat permohonan maaf terbuka selepas tular video nyanyian 'sumbang' lagu Purnama Merindu milik penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini.
Ujar Ali, secara peribadinya dia sendiri kecewa dengan persembahan itu dan sedia menerima kritikan dengan hati terbuka.
"Sebelum apa-apa, saya mintak maaf awal-awal buat peminat Dato Seri Siti Nurhaliza.
"Sejujurnya, saya sendiri secara peribadi merasa kecewa dengan persembahan malam tu.
"Saya menerima kritikan dengan hati yang terbuka.
"Akan cuba diperbaiki untuk lebih baik dimasa hadapan.
"Saya bertanggungjawab untuk semua kekurangan. Terima kasih," tulisnya menerusi Twitter.

Sejujurnya, saya sendiri secara peribadi merasa kecewa dengan persembahan malam tu. Saya menerima kritikan dengan hati yang terbuka. Akan cuba diperbaiki untuk lebih baik dimasa hadapan. Saya bertanggungjawab untuk semua kekurangan. Terima kasih✌?

— علي ساريه (@AliSariah) January 13, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini tular video yang dirakamkan daripada segmen Bombastik CTDK daripada sebuah stesen radio tempatan yang menyaksikan beberapa kumpulan baru menyanyikan semula lagu Siti.
Baca: "Nyanyi Macam Orang Mabuk Ketum" - Cover Lagu Siti, Kugiran Masdo Dikritik Netizen
Segmen tribut untuk Siti sempena ulang tahun kelahiran ke-40 itu bagaimanapun mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan peminat.
Malah, ada yang kurang bersetuju dengan pemilihan Masdo untuk mengubah susunan lagu Siti dan menyanyikan dalam versi tersendiri.
Lebih teruk apabila vokalis kumpulan itu terlupa lirik.
#Viral #Viral #Datuk Seri siti Nurhaliza #Kugiran Masdo