Hiburan
"Saya Sentiasa Percaya Dengan Pembalasan Tuhan" - Intan Najuwa Sedia Ke Mahkamah
Pelakon drama 'Kekasih Paksa Rela', Intan Najuwa membuat beberapa kenyataan ekoran dihubungi pihak polis untuk menjadi saksi di mahkamah dalam satu perbicaraan kes dadah pada 8 dan 10 Oktober ini.
Kenyataan tersebut dimuat naik menerusi ruangan Instagram Stories miliknya sebentar tadi.
"It's okay Malaysians, teruskan membawang, anda semua akan tahu kebenarannya nanti.
"Saya tak kisah, saya sentiasa percaya dengan pembalasan tuhan, teruskan menghina dan mencaci.
"Memang hobi sebarkan fitnah kan, takpa saya faham, saya jadikan tu saham di akhirat nanti," tulisnya.
Pada masa yang sama, Intan turut meminta netizen untuk memahami situasi dirinya yang hanya bergelar seorang saksi, ia tidak bermaksud dia benar-benar terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah terbabit.
Must-Watch Video