Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Saya Seorang Perahsia .." - Bakal Kakak Ipar Risteena, Fara Ali Khan Tak Mahu Kecoh-Kecoh Hal Peribadi

Zulaikha Yusof 24/01/2020 | 04:04 MYT
Pelakon Indonesia kelahiran Malaysia, Fara Ali Khan akui tidak gemar untuk berkongsi hal peribadi kepada umum.
Jelas Fara dia seorang yang perahsia justeru perangainya berbeza dengan adik beradiknya, Miller dan Isa.
“Bila bercakap pasal media sosial, itulah platform yang semua orang akan borak. Saya kalau pasal privasi, saya tidak suka dedahkan terlampau banyak.
“Saya seorang perahsia mungkin sebab itu perangai saya bertentangan dengan Miller dan Isa.
"Saya lebih suka untuk kongsi kata positif yang beri semangat kepada orang lain. Untuk buat sesuatu yang viral untuk dapatkan populariti itu bukan diri saya.
“Kalau orang nak tahu pasal teman lelaki saya pun tidak akan didedahkan. Saya bagitau sedang mengenali seseorang saja.
“Tapi sekarang ini saya belum berpunya lagi. Mama saya setiap hari tanya bila nak kahwin.
“Tunggulah, saya hanya akan umumkan bila nak bagi kad jemputan nanti. Itu lagi baik,” katanya kepada Gempak.
Fara ditemui di lokasi penggambaran filem Polis Evo 3 di Jalan Ampang semalam.
Filem Polis Evo 3 merupakan usaha sama Astro Shaw dan Skop Production yang turut dibintangi Shaheizy Sam, Zizan Razak, Syafiq Kyle, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish dan ramai lagi.
Dalam pada itu, pemilik nama Norfara Ali Dad Khan berkata dia hanya akan mengambil tindakan sekiranya terdapat isu serius yang dilemparkan kepadanya.
"Kalau bukan pasal filem ini pun berada dalam industri seni kita kena bersedia untuk menghadapinya.
"Saya tidak peduli apa yang orang fikir. Saya tahu apa yang akan dilakukan untuk kehidupan saya.
"Tapi kalau ada unsur-unsur yang macam fitnah atau sesuatu yang harus dipandang serius, saya akan pertahankan diri saya. Kalau setakat hal kecil, saya hanya pejam mata," katanya lagi.
#Polis Evo 3 #Fara Ali Khan
;