Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Saya Seorang Yang..." - Emma Maembong Tak Mampu Sakiti Kanak-Kanak Walaupun...

Zulaikha Yusof 07/11/2019 | 03:18 MYT
Aktres Emma Maembong mendedahkan terdapat beberapa babak yang sukar dilakukannya dalam drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan.
Kata Emma, dia mengakui tidak mampu untuk mengasari anak kecil ketika memegang watak sebagai Emilia.
"Saya rasa ada babak di dalam cerita yang susah untuk dibawakan.
"Antara yang paling sukar adalah ketika saya dikehendaki mencederakan seorang bayi yang baru dilahirkan.
"Saya seorang yang penyayang terhadap kanak-kanak jadi saya tak mampu untuk melakukannya.
"Saya minta pertolongan pengarah untuk ambil alih bagi babak tersebut.
"Namun, ada juga babak yang memerlukan saya memukul kanak-kanak tetapi saya pilih pukul bantal," katanya kepada Gempak.
Tambah pemilik nama Fatimah Rohani Ismail ini, perasaan sayang terhadap kanak-kanak sudah sebati dengan dirinya.
"Saya tak sampai hati nak menyakiti anak kecil walaupun hanya lakonan.
"Saya ada 17 orang anak saudara dalam keluarga jadi perasaan kasih itu sudah saya pupuk dalam hati," tambahnya lagi.
Kini Emma sedang aktif mempromosikan drama bersiri terbaru, Cemburu Seorang Perempuan dalam slot Dramavaganza.
Dramavaganza merupakan slot drama terbaru yang menghiasi Astro Ria dan Ria HD dan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.
Selain Emma, drama Cemburu Seorang Perempuan ini turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Amar Baharin, Amyra Rosli, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Nazrief Nazri dan ramai lagi.
Diarahkan oleh Eyra Rahman, drama bersiri ini merupakan adaptasi novel berjudul sama karya Siti Hazneza Abdul Hamid.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan di slot Dramavaganza mulai 29 Oktober 2019, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123)!
#Emma Maembong #Emma Maembong #Cemburu Seorang Perempuan
;