Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Saya Seorang Yang Gayat Sangat, Tapi Demi Isteri..." Dato' Fazley Yaakob Mahu Tawan Gunung Kinabalu

Badrul Hashim
21/08/2019 18:12 MYT
Bak kata pepatah, kalau sudah sayang, gunung pun sanggup didaki. Begitulah istimewanya hadiah hari lahir daripada Dato' Fazley Yaakob buat isteri tercinta, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.

Menurut Fazley, dia akan sama-sama mendaki Gunung Kinabalu sebagai hadiah hari lahir isterinya yang keempat puluh tahun.

"Bismillah! Hadiah hari jadi Adik Sayang Azrene Ahmad dari saya, saya akan cuba untuk mendaki Gunung Kinabalu bagi menyempurnakan impian beliau sempena ulang tahun ke-40 esok!" tulis Fazley pada satu entri di Instagram miliknya.

Tambah Fazley, dia sebenarnya seorang yang sangat fobia dan gayat dengan ketinggian.

"Buat yang tak tahu, saya ni seorang yang gayat sangat, segan kepada ketinggian hehe! Bila naik lift pun saya cuak.

Bismillah! Hadiah hari jadi Adik Sayang @azrene_ahmad dari saya, saya akan cuba untuk mendaki #GunungKinabalu bagi menyempurnakan impian beliau sempena ulang tahun ke-40 esok! . Buat yang tak tahu, saya ni seorang yang gayat sangat, segan kepada ketinggian hehe! Bila naik lift pun saya cuak, berdiri di balcony bangunan 3 tingkat pun macam nak tercabut nyawa rasa, tetapi demi isteri tersayang.. saya gagahkan juga untuk MENCUBA mendaki hari ni.. doakan kami berdua dan team kami juga ya!

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on


"Berdiri di balcony bangunan 3 tingkat pun macam nak tercabut nyawa rasa, tetapi demi isteri tersayang, saya gagahkan juga untuk mencuba mendaki hari ni," tulisnya lagi.

Penyanyi, pengacara, pakar motivasi dan chef selebriti ini berkahwin dengan Azrene pada tahun 2006 dan pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.

Kredit Gambar: Instagram
#Fazley Yaakob #Gunung Kinabalu
;