"Saya Sering Ingatkan Mereka Tentang Nilai Ketimuran" - Ezurin Khyra Kongsi Nasihat Kepada Lima Cahaya Mata

Asraf Aided
Oktober 18, 2020 02:54 MYT
Sosialit dan personaliti The House musim keenam, Ezurin Khyra berkongsi mengenai beberapa nasihat penting yang selalu diberikan kepada lima cahaya matanya.
Menurut Ezurin, beliau sering mengingatkan putera dan puterinya tentang kepentingan sikap merendah diri tanpa mengira taraf kehidupan.
"Saya sering mengingatkan mereka tentang kepentingan sikap merendah diri tanpa mengira status. Tidak kira betapa istimewanya layanan yang diberikan kepada kita dalam masyarakat, kita haruslah merendah diri," kata Ezurin kepada Gempak.
Memandangkan semua cahaya matanya menuntut ilmu di luar negara, Ezurin juga sering menerapkan nilai-nilai ketimuran dalam diri mereka.
"Semua anak saya belajar di United Kingdom, jadi, saya sentiasa menerapkan nilai-nilai ketimuran dalam diri mereka.
"Saya selalu memberitahu dan mengajar mereka tentang adat-adat orang Melayu agar mereka dapat mengamalkannya," katanya lagi.
The House Ezurin Khyra akan membuka tirai pada Rabu, 21 Oktober 2020, jam 9.00 malam di Astro Ria (124) dan Ria HD (104).
Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video eksklusif menerusi gempak.com/thehouse. Program ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Apa yang pasti, The House akan membawa Ezurin sekeluarga serta rakan rapatnya, Magie Abang Saufi keluar dari zon selesa mereka untuk melalui cara kehidupan yang lebih sederhana.
Mereka juga akan menempuhi pelbagai perkara yang tidak dijangka, nak tahu lebih lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
#The House #Ezurin Khyra #Musim Keenam