Juara Akademi Fantasia musim ke-8, Shahir Zawawi mengakui dirinya serius berkawan dengan penyanyi dan pelakon Erra Fazira.
"Saya memang serius berkawan dengan Erra. Saya juga bersedia untuk ke peringkat seterusnya.
"Bila tiba masa yang sesuai dan semuanya sudah pasti, saya tidak akan keberatan untuk berkongsi. Saya faham situasi Erra yang selalu tampil ke hadapan menjawab persoalan orang ramai mengenai hubungan kami.
"Saya memohon semua peminat agar mendoakan hubungan kami. Insya-Allah, sampai waktu yang sesuai, akan ada berita baik," kata Shahir kepada Astro Gempak.
Hampir tiga tahun menghilang, Shahir muncul memberikan sokongan di konsert akhir Gema Gegar Vaganza (GGV).
Shahir juga menegaskan kehilangan dirinya adalah bukan kerana dia merajuk dengan industri hiburan.
"Saya hilang bukan sebab merajuk. Saya tidak tampil ke hadapan kerana saya menguruskan perniagaan di kampung halaman.
"Saya memang mengambil keputusan untuk tidak muncul dan mendiamkan diri dari bidang seni kerana saya sibuk menguruskan perniagaan.
"Aktiviti seni lebih tertumpu di Kuala Lumpur dan saya pula berada di kampung. Saya tidak mahu menyusahkan banyak pihak sekiranya saya gagal membahagikan masa dan komitmen.
"Kini saya bersedia untuk kembali ke persada hiburan. Ramai juga peminat yang menanti dan bertanya mengenai produk terbaru saya.
"Saya sudah mempunyai material untuk merakamkan lagu baru dan saya memohon doa peminat agar segalanya dipermudahkan," katanya lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Syafiqah Jalal
Sun May 21 2017


Kurita - Rindu | Minggu 4 | The Masked Singer Malaysia Musim 3
Jangan lupa saksikan The Masked Singer Malaysia 3 pada setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna. Undi MASKED-TERFUL kesayangan anda di www.gempak.com/maskedsinger

Highlights & Komen Juri Persembahan | Minggu 4 | The Masked Singer Malaysia Musim 3
Jangan lupa saksikan The Masked Singer Malaysia 3 pada setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna. Undi MASKED-TERFUL kesayangan anda di www.gempak.com/maskedsinger

Nyoq Muda - Kau Bunga Cintaku | Minggu 4 | The Masked Singer Malaysia Musim 3
Jangan lupa saksikan The Masked Singer Malaysia 3 pada setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna. Undi MASKED-TERFUL kesayangan anda di www.gempak.com/maskedsinger

Piza Panas - Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-baik Saja | Minggu 3 | The Masked Singer Malaysia Musim 3
Jangan lupa saksikan The Masked Singer Malaysia 3 pada setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna. Undi MASKED-TERFUL kesayangan anda di www.gempak.com/maskedsinger

Kurita - Yang Terindah Hanyalah Sementara | Minggu 3 | The Masked Singer Malaysia Musim 3
Jangan lupa saksikan The Masked Singer Malaysia 3 pada setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna. Undi MASKED-TERFUL kesayangan anda di www.gempak.com/maskedsinger

Brokoli - Mimpi | Minggu 3 | The Masked Singer Malaysia Musim 3
Jangan lupa saksikan The Masked Singer Malaysia 3 pada setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna. Undi MASKED-TERFUL kesayangan anda di www.gempak.com/maskedsinger

Highlights & Komen Juri Persembahan | Minggu 3 | The Masked Singer Malaysia Musim 3
Jangan lupa saksikan The Masked Singer Malaysia 3 pada setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna. Undi MASKED-TERFUL kesayangan anda di www.gempak.com/maskedsinger

Zirafah - Kau Aku | Minggu 2 | The Masked Singer Malaysia Musim 3
Jangan lupa saksikan The Masked Singer Malaysia 3 pada setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna. Undi MASKED-TERFUL kesayangan anda di www.gempak.com/maskedsinger

Nyoq Muda - Perpisahan Terasing | Minggu 2 | The Masked Singer Malaysia Musim 3
Jangan lupa saksikan The Masked Singer Malaysia 3 pada setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna. Undi MASKED-TERFUL kesayangan anda di www.gempak.com/maskedsinger
.png?ext=.png)
ATNM2: Busker Menangis Dinobat Juara, Kaut RM50,000 - "Saya Memang Dah Lama Nak ..."
Busker Dinobatkan Juara ATNM2!