Hiburan

"Saya Setiap Malam Masa Berdoa Menangis Dengan Kehebatan Allah Ciptakan Wanita." Ustaz Ebit Lew Bagi Nasihat...

gempak
Badrul Hashim
21/02/2019
03:30 MYT
Sponsor Banner
"Saya Setiap Malam Masa Berdoa Menangis Dengan Kehebatan Allah Ciptakan Wanita." Ustaz Ebit Lew Bagi Nasihat...
Dalam entri terbarunya di Intagram, Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan seorang yang selalu turun padang bertemu dengan insan-insan untuk mendengar cerita dan memberi nasihat menulis tentang seorang lelaki yang mahu berkahwin.
"Sebak tiba-tiba seorang anak muda yang nak kahwin minta nasihat erti pernikahan. Ustaz, ada orang kata wanita ini pelik dan susah nak difahami. Dapat lak yang degil dan tak seperti yang kita nak.Betul ke ustaz?
"Jawab saya cukup kita betulkan tanggapan kita tentang wanita. Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga," tulis Ustaz Ebit.
Menurut beliau, setiap malam ketika berdoa dia menangis dengan kehebatan Allah ciptakan wanita.
"Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.
"Pejam mata saya nampak muka mak saya. Pejam mata saya nampak muka bidadari saya..terus berdoa ya Allah kau tahu betapa sayangnya saya pada mereka. Ya Allah sayangilah bidadari saya. Sayangilah ibu saya. Sayangilah ibu mertua saya," tulis Ustaz Ebit lagi.
Menurut Ustaz Ebit, hati wanita hebat dan tabah. Beliau meminta para suami melihat pengorbanan seorang isteri seolah-olah menjadi seperti hamba khadam buat suami dan anak-anak.
"Lihat wajah penat mereka. Peluh mereka. Kerut wajah mereka. Jika kita hargai mereka, ikhlas sayang mereka, doakan, berlemah lembut, sentiasa bersama mereka, InsyaAllah mereka akan jadi seperti Khadijah ra.
Sanggup beri apa sahaja. Bila hati mereka bahagia.Mereka tinggalkan semuanya buat suami. Mereka tiada sesiapa lagi. Mereka cuma ingin dipimpin masuk syurga," nasihat Ebit.
Tambah Ustaz Ebit lagi, orang yang bernikah dengan ada rasa prejudis dan sangka buruk dan tidak pandai hargai wanita, rumahtangga akan porak poranda.
Bagaimana seseorang yang tidak menghargai ibu dan tidak menghargai isteri boleh menjadi pemimpin yang baik, tanya beliau.
"Wanita tidak minta kita buat lebih dari mereka. Mereka bekerja atau siapkan apa-apa. Mereka cuma dahagakan pujian dan penghargaan suami. Mereka siapkan habis banyak masa.
"Ucapan terima kaseh sayang. Baiknya sayang. Subhanallah betapa bertuah abang dapat isteri sebaik sayang. Maafkan abang. Cian sayang penat susah," pesan Ustaz Ebit kepada para suami.
Menurut Ustaz Ebit lagi, semua perkara akan menjadi susah apabila kita mahukan isteri yang sempurna sedangkan diri sendiri tidak sempurna.
Sebak tiba-tiba seorang anak muda yang nak kahwin minta nasihat erti pernikahan.ustaz, ada orang kata wanita ini pelik dan susah nak difahami. Dapat lak yang degil dan tak seperti yang kita nak.Betul ke ustaz? Jawab saya cukup kita betulkan tanggapan kita tentang wanita. Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga..saya setiap malam masa berdoa menangis dengan kehebatan Allah ciptakan wanita.Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya. Pejam mata saya nampak muka mak saya. Pejam mata saya nampak muka bidadari saya..terus berdoa ya Allah kau tahu betapa sayangnya saya pada mereka. Ya Allah sayangilah bidadari saya. Sayangilah ibu saya. Sayangilah ibu mertua saya. . Hati wanita ini hebat dan tabah. Cuba tengok mereka korbankan segalanya dan menjadi seperti hamba khadam buat suami dan anak-anak. Lihat wajah penat mereka. Peluh mereka. Kerut wajah mereka. Jika kita hargai mereka, ikhlas sayang mereka, doakan, berlemah lembut, sentiasa bersama mereka. InsyaAllah mereka akan jadi seperti Khadijah ra. Sanggup beri apa sahaja. Bila hati mereka bahagia.Mereka tinggalkan semuanya buat suami. Mereka tiada sesiapa lagi. Mereka cuma ingin dipimpin masuk syurga. . Orang yang bernikah dengan ada rasa prejudis dan sangka buruk dan tidak pandai hargai wanita. Rumahtangga akan porak poranda. Bagaimana seseorang yang tidak menghargai ibu. Tidak menghargai isteri boleh menjadi pemimpin yang baik. . Wanita tidak minta kita buat lebih dari mereka. Mereka bekerja atau siapkan apa-apa. Mereka cuma dahagakan pujian dan penghargaan suami. Mereka siapkan habis banyak masa. Ucapan terima kaseh sayang. Baiknya sayang. Subhanallah betala bertuah abang dapat isteri sebaik sayang. Maafkan abang. Cian sayang penat susah. Ucapan itu tak sampai seminit tapi kita kedekut untuk ucapkan.. Anak muda tadi kata, Ya Allah benarlah kata ustaz. Semua jadi susah bila kita sendiri tak sempurna tapi inginkan isteri sempurna-ebitlew #jomBawaKeluargaDatangKeluargaSunnah #mac2019 #klDanJb
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live