Penyanyi Sam Bunkface tampil membidas kenyataan bekas isteri, Aida Azira Hussin tentang pengabaian nafkah dan tanggungjawab terhadap anak lelakinya iaitu Maleeq susulan membuat permohonan pindaan nafkah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam sebelum ini.

Sam atau Shamsul Annuar Mohd Bahrom, 35, menjelaskan dia tidak pernah culas memberi nafkah secukupnya buat Maleeq meskipun pendapatannya terjejas ketika pandemik Covid-19 tiga tahun lalu.

"Saya tak pernah langsung mengabaikan nafkah anak saya sebulan pun. Saya siap bayar lebih.

"Maleeq dijaga secara bersama iaitu saya dua minggu manakala selebihnya bersama bekas isteri. Dia (bekas isteri) minta saya bayar RM1,300 untuk dua minggu... logik tak saya minta pindaan ini?

"Semasa musim PKP pendapatan saya terhad dan perniagaan saya juga terjejas tapi saya mash laksanakan tanggungjawab dengan baik," katanya.

Sam menjelaskan perkara itu dalam sebuah video yang dimuat naik ke Instagram miliknya malam tadi.

Penjelasan itu dibuat tidak berpuas hati dengan kenyataan bekas isterinya kepada media selepas tidak bersetuju dengan permohonan pindaan nafkah yang dibuat.

Dalam kenyataan itu, Aida meminta Sam membuktikan sekiranya tidak mempunyai pendapatan secukupnya serta kurang tawaran persembahan.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Sam berkata, Aida sedia maklum tentang pendapatannya selepas dia berkongsi semua bukti di mahkamah berhubung alasan permohonannya itu.

Sam turut mempersoalkan tindakan Aida yang menilai kehidupannya berdasarkan apa dimuat naik di media sosial.

"Saya tak pernah tuniuk kesusahan atau kesenangan saya di media sosial. Kenapa nak menilai berdasarkan media sosial?

"Saya sudah serahkan semua bukti ketidakmampuan say untuk membayar nafkah di mahkamah dan Aida juga sedia maklum mengenai perkara itu," jelasnya.

Selain itu, Sam juga turut membidas kenyataan yang mendakwa dia sudah lebih enam bulan tidak berjumpa anak serta tidak berhubung dengan cahaya mata mereka.

Malah sebaliknya, Sam mendakwa Aida dilihat sengaja menyukarkan proses pertemuan dia dan Maleeq memandangkan ketika in kanak-kanak itu bawah jagaan neneknya di Melaka.

"Kali terakhir saya jumpa Maleeq tiga bulan lepas dan memang ada halangan.
Aida letak Maleeq di Melaka tapa pengetahuan saya.

"Sebulan lebih saya tanya tapi dia suruh saya bercakap dengan peguamnya. Anak saya duduk di Melaka dan saya terpaksa berurusan dengan neneknya," kata Sam.

Sam menjelaskan panjang lebar tentang semua kenyataan yang diberikan Aida termasuk terpaksa menyekat nombor telefon wanita itu selepas menerima pelbagai ugutan yang tidak munasabah.

Sekadar info, Sam dan Aida berkahwin pada 25 April 2015 dan bercerai pada Januari 2019. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata Maleeq yang kini berusia enam tahun.
View this post on Instagram

A post shared by SamBunkface (@sambunkface)