,
Laman Utama

"Saya Siapkan Lagu Ini Dalam Masa Lima Hari" - Afif Tirmizie Gembira Dengan Hasil Kerja & Nyanyian Dalam OST Perempuan Tanpa Dosa

Asraf Aided
02/12/2020
15:16 MYT
Semakin rancak mengatur perjalanan kerjaya, penyanyi Afif Tirmizie, 34, kini tampil dengan lagu terbaru yang berjudul Maaf.
Lagu ini juga mungkin sudah biasa kedengaran di telinga ramai kerana ia merupakan runut bunyi dalam drama Perempuan Tanpa Dosa arahan Michael Ang.
Selari dengan plot cerita drama itu sendiri, begitulah corak penyampaian Afif dalam lagu ini yang mana tidak lain dari menyentuh soal kemaafan. Berbekalkan lirik penuh emosi, mesej yang ingin disampaikan adalah mengenai setiap manusia biasa pasti melakukan kesilapan. Bezanya, adakah kita sang pendosa sedia untuk meminta keampunan dari lubuk hati?
“Cerita dalam Maaf adalah berkenaan situasi tengah seseorang yang bersalah, tengah berdosa, tak kisah kepada siapa, kepada kekasih, isteri, ibu bapa, atau orang tersayang. Tapi daripada perspektif saya, si lelaki meminta maaf kepada kekasihnya disebabkan sudah berulang kali melakukan kesilapan.
“Mesej yang ingin saya sampaikan adalah sesetengah orang sukar untuk mengucap kata maaf meskipun memang tahu dirinya bersalah. Tapi dalam apa jua keadaan, sebaiknya mohonlah kemaafan itu untuk berbaik. Setiap manusia melakukan kesilapan tapi minta-maaflah bagi menjernihkan sesuatu perhubungan,” kata Afif.
Menyentuh proses pembikinan lagu ini, Afif mengakui kekangan terbesar adalah daripada segi masa selepas produksi drama terbabit menghubunginya. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana hasil akhirnya dapat disiapkan pada tahap yang memuaskan.
“Lirik dan lagu saya hasilkan sendiri, idea dan inspirasinya tercetus selepas saya melihat satu kejadian depan mata yang tular. Proses menghasilkannya tidaklah lama.
"Pelakon Kamal Adli bertanya ada tak lagu yang boleh diguna pakai untuk drama Perempuan Tanpa Dosa, kemudian saya siapkannya dalam masa lima hari.
“Bahagian paling susah tentu sekali masa yang diberikan kepada saya amat singkat. Tapi Alhamdulillah, urusan itu dipermudahkan dengan bantuan pasukan saya, Payung dan Pedang, kami bertungkus lumus untuk siapkan lagu dari petang sampai ke pagi di studio.
"Selepas hantar demo, risau juga kalau tidak menepati permintaan pihak produksi, mujur mereka suka,” katanya lagi.
Afif mula mencipta nama selepas menyertai program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan selain pernah menyertai Mystarz LG di TV3.
Selain aktif dalam penulisan lagu, penyanyi berusia 34 tahun ini juga pernah menganggotai kumpulan The Fabulous Cats dan Nukilan dan pernah tampil dengan lagu Sendiri bersama Kmy Kmo.
Lagu Maaf boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music. Jangan lepaskan peluang untuk mendengarnya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Sanggup Sujud & Minta Maaf Janji Korang Tak Ganggu Mental Mereka” - Abang Tesla

gempak
02/09/2024
23:55 MYT
Enggan memanjangkan isu, pempengaruh Abang Tesla merayu kepada orang ramai agar berhenti ‘menyerang’ kedua-dua isterinya dengan kata-kata negatif.
Hiburan

Isu Kes Saman, Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Mohon Maaf Secara Terbuka Terhadap Puteri Sarah Depan Hakim

gempak
30/08/2024
02:57 MYT
Pelakon Puteri Sarah bersetuju menyelesaikan kes saman fitnah terhadap bekas kakak ipar kepada Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan secara baik di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hiburan

Didakwa Pukul Pejalan Kaki Sehingga Patah Gigi, San E Mohon Maaf

gempak
22/08/2024
11:55 MYT
Rapper Korea, San E didakwa telah menyerang seorang pejalan kaki dengan telefon bimbitnya sehingga menyebabkan gigi patah.
Hiburan

Pandu Kereta Dengan Lesen Tamat Tempoh, Nabila Razali Mohon Maaf – “Semoga Jadi Pengajaran”

gempak
20/08/2024
05:30 MYT
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali memohon maaf berhubung empat pertuduhan membenarkan dan memandu kereta dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans lalu.
Sukan

Pelumba Basikal Trek Jepun Shinji Nakano Mohon Maaf - "Jangan Hina Nama Keluarga Saya"

gempak
12/08/2024
17:50 MYT
Pelumba basikal trek Jepun, Shinji Nakano, memohon maaf, atas insiden pelanggaran dengan wakil negara, Shah Firdaus Sahrom, yang meragut peluang membutirkan pingat dalam acara final keirin Sukan Olimpik Paris 2024 kelmarin.
BorakSeeni