Pemuzik tanah air, Datuk Ramli MS bersyukur kerana berpeluang melihat dan bersama-sama anaknya perempuannya, Nadiah dalam melalui fasa baru dalam kehidupan berumah tangga.
Menurut Ramli MS atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram beliau sentiasa menyokong apa jua yang hendak dilakukan anaknya, selagi tidak melampaui batas.
“Kita semua akan melalui fasa di mana kita berkahwin, ada anak, dapat menantu, ada cucu, sakit, meninggal itu semua adalah sebahagian daripada kehidupan.
“Secara peribadi bersyukur kerana saya dikurniakan kesihatan yang baik di usia sekarang, dapat tengok anak berkahwin.
“Ini fitrah manusia. Dia pun ada kehidupan sendiri dan saya sokong sahaja apa yang dia nak dan tak masuk campur urusan dia selagi perkara itu tidak memerlukan saya untuk mencampuri halnya,” katanya kepada Astro Gempak.
Turut gembira dengan kebahagiaan anaknya itu, Ramli sentiasa mendoakan yang terbaik.
“Ada rezeki selepas ini mana tahu dapat rasa ada cucu?” katanya.
Nadiah yang berkhidmat di syarikat rakaman Universal Music melangsungkan pernikahan dengan jurugambar profesional, Taufiq Nadzri pada 21 Februari lalu.
Selain Nadiah, Ramli dan bekas isterinya, Jennifer juga mempunyai seorang anak lelaki yang dikenali sebagai Najee.
Syafiqah Jalal
Thu Apr 08 2021


“Ahli Politik Pun Kena Troll” - Penonton Terhibur Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang
Haa, bukan sebarangan troll.
.jpg?ext=.jpg)
Kacak-Kacak Semuanya! Semak 5 Pemenang Bachelor of Malaysia Yang Akan Bertanding Di Peringkat Antarabangsa
Acara diadakan secara virtual!

CL Tertekan Diminta Lakukan Pembedahan Plastik Kerana 'Tak Cukup Cantik'
dunia Korea Selatan memang tidak asing dengan dunia pembedahan plastik

Burgernita Bantu Wanita Jana Pendapatan, Pilih Zarina Zainuddin Sebagai Jurucakap Projek
Burger Sarang Burung? Fuhhhhh!

Dituduh Terlibat Penggubahan Wang Haram, Ezlynn Buat Laporan Polis & Nak Saman Dua Pihak!
Rasakan kepada yang sebar maklumat palsu! Kan dah kata, tak pasti jangan kongsi...

Sultan Johor Berkenan Sedia & Edarkan Bubur Lambur Kepada Rakyat
Daulat Tuanku...
.jpg?ext=.jpg)
#OhAbeNik: Macam Hotel! Intip Kediaman Mewah 4 Tingkat Milik Irwansyah & Zaskia Sungkar!
Cantiknya rumah baru Irwansyah & Zaskia Sungkar!

Semakin Mendapat Perhatian, Khodi Cabar Diri Pula!
Semakin meraih perhatian peminat tempatan, kerancakan karier muzik penyanyi, Khodi nampaknya semakin terserlah.

Uniknya! Idea Baru Duit Raya, Kini Dalam Bentuk Wafer Emas 999
Seronok lah dapat duit raya emas!

"Kalau Betul Dah Lama Keluar Surat Khabar" - Chef Wan Sifatkan Dakwaan Serina Terlibat Kartel Dadah Sebagai Fitnah
Menurut Chef Wan, dakwaan itu tidak benar dan dia telah menerima khabar berunsur fitnah mengenainya sejak lebih sebulan lalu.