“Saya Start Tengok Buku Pun Pada Bulan...” - Pesara Umur 65 Tahun Nekad Duduki SPM!
03/03/2021 11:50 MYT
Meskipun usianya sudah menjangkau 65 tahun, ia langsung tidak menghalang warga emas ini daripada menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat pertama kali.
Malah, Salman Ahmad yang juga bekas Timbalan Pengarah Tourism Malaysia, tetap cekal meneruskan niatnya untuk menduduki peperiksaan terpenting itu.
Menerusi satu temu bual baru-baru ini, Salman menjelaskan keputusan untuk mengambil SPM hanyalah untuk mencabar dirinya.
“Dulu saya ambil peperiksaan Malaysia Certificate of Education (MCE) pada 1973, semua subjek dalam Bahasa Inggeris.
“Tapi bila dah berusia, dah pencen juga sudah ada master dan degree tiba-tiba terfikir untuk ambil SPM. Nak tahu SPM ni susah ke atau senang,” katanya.
Menurutnya, selepas menduduki tiga kertas peperiksaan, dia boleh menarik nafas lega apabila semuanya berjalan lancar.
“Persediaan saya tak lama, malah saya baru buka buku bulan lepas.
“Nak kata susah tu boleh la, boleh jawab,” katanya.
Anda boleh lihat temu bual penuh Salman menerusi Gempak TV, Khamis ini di saluran Astro Ria (CH104).