Hiburan
"Saya Sudah 'Screenshot' Semuanya, Biar Undang-Undang Yang Buat Kerja .." - Isteri Sufi Rashid Ingin Buat Laporan Polis
Isteri kepada penyanyi Sufi Rashid, Nurulain Md Yusof mendedahkan bakal membuat laporan polis terhadap netizen yang telah melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.
Ain telah menerima pelbagai komen berbentuk hinaan selepas tular video dirinya bertindak meninggalkan pelamin ketika ibu Sufi, Irma Mahamud mahu bersalaman dan berpelukan dengan anaknya.
Jelas Ain laporan itu dibuat bukan disebabkan dirinya berasa takut tetapi kesabarannya sudah capai tahap maksimum.
"Contoh komen yang ibu bapa saya akan buat laporan polis. Bukan disebabkan saya takut, tetapi saya seorang manusia yang ada limit sabar," tulisnya.
Menerusi Instagtam Stories miliknya, Ain telah berkongsi beberapa 'screenshot' komen yang akan menjadi bukti untuknya.
Tambah Ain dia telah 'screenshot' terlebih dahulu sebelum bertindak memadam komen cacian kerana ingin menyerahkan segalanya kepada pihak polis.
"Padam komen bukan disebabkan saya takut dengan awak, saya sudah 'screenshoot' semuanya.
"Biar undang-undang yang buat kerja. Saya nak bergembira dengan bulan madu saya lah! @pelesit62.
Sufi dan Nurulain selamat bernikah pada 21 September lalu di Pulse Grande Hotel Putrajaya.