Hiburan
"Saya Suka Buka Laman Web 'Property', Dah Jadi Hobi Bila Saya Stress" - Janna Nick
Pelakon Janna Nick mengakui dia mempunyai hobi yang unik iaitu dengan suka 'mencuci mata' melihat laman web hartanah (property).
"Saya mempunyai hobi untuk melihat laman web 'property' ketika stress. Jika saya penat, saya selalu berfikir apa yang saya nak buat.
"Daripada saya membuka laman web membeli-belah dan saya akan membazir duit saya membeli barangan yang kecil, lebih baik saya buka laman web 'property' untuk meletakkan sasaran untuk membeli sesuatu yang lebih besar.
"Saya akan motivasikan diri sendiri dan menyimpan sehingga dapat membeli rumah idaman saya," katanya kepada HLive.
Sebelum ini, Janna pernah mendedahkan impiannya untuk memiliki rumah mewah bernilai RM12 juta sebelum mendirikan perkahwinan.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video