Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Saya Suka Karisma Dan Karakter Beliau” - Aedy Ashraf Teringin Berlakon Filem Biopik, Idam Watak Khairy Jamaluddin

Mya Amri
08/06/2023 08:47 MYT
Pelakon Aedy Ashraf menyuarakan keinginannya untuk membintangi filem bercorak biografi atau biopik.

Menurut Aedy, watak-watak yang perlu dimainkan oleh pelakon dalam filem bergenre sedemikian adalah sangat mencabar.

“Saya teringin berlakon filem biopik sebab pada saya genre itu sangat mencabar kerana kita perlu melakonkan watak yang benar-benar wujud.

“Maksudnya untuk membawakan karakter perlu dimainkan itu sudah semestinya satu watak yang sangat susah.

“Sebelum ini watak-watak yang saya lakonkan semuanya fiksyen, sama ada pengarah, penulis skrip atau saya yang cipta sendiri jadi tidak ada salah atau pun betul dalam karakter tersebut.

“Jadi bila kita nak memainkan sesuatu karakter yang memang ada seperti mana Farid Kamil bawa watak Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu adalah satu perkara yang agak sukar.

“Saya rasa itu adalah salah satu cabaran yang saya teringin nak rasa,” katanya ketika ditemui Gempak.

Aedy berkata demikian ketika ditemui pada majlis Penjemaan Semula Fam’ Fries yang diadakan di Titiwangsa baru-baru ini.

Ditanya mengenai tokoh yang menjadi pilihannya, Aedy berkata dia mengimpikan watak Bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin.

“Andai kata ada satu watak yang saya ingin bawakan saya rasa karakter itu adalah KJ.

“Saya suka dengan KJ, saya sukakan karisma beliau, karakter beliau yang sangat solid sebagai seorang lelaki.

“Benda ini mungkin tidak akan terjadi tetapi ini cuma cita-cita saya dan saya rasa nak cuba jika ada peluang,” ujarnya.

Untuk info, Aedy juga sudah mula berjinak-jinak dalam bidang pengarahan dan telah mengarahkan beberapa projek bersama sabahatnya sebelum ini termasuklah jenama miliknya, Challo.

#Aedy Ashraf #Khairy Jamaluddin #KJ #Biopik
;