Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Saya Suka Sebab Itu Saya Buat, Kalau Tidak…” - Siti Nurhaliza Jawab Tuduhan Netizen Kata Tak Ada Job

Asyraf Roslan
11/09/2024 04:55 MYT

Baru-baru ini tular ‘komen nakal’ netizen yang menuduh penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai seorang artis yang ‘tiada job’ gara-gara mempromosikan produk keluarannya sendiri di laman Tiktok.


Menjawab Usikan


Tidak melenting dengan kenyataan itu, pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu tampil menjawab usikan ‘manja’ tersebut.

Dengan nada yang lembut, Siti Nurhaliza meminta supaya peminat tidak mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Bagi Siti dia melakukan perkara tersebut atas dasar minatnya kepada solekan.


“Biasa Makeup artis buat, ni Siti Nurhaliza nak buat,semua dia nak buat, dia tak ada job ke?

“Kenapa dia nak buat semua ni, dia tak ada job ke?

“Tak adalah suka-suka, makeup,kosmetik, skincare ini minat saya. Bukan niat saya nak membalas, tidak.

“Tapi saya nak bagi tahu balik, janganlah cakap macam tu, saya suka sebab tu saya buat kalau saya tak suka paksa macam mana pun saya tak akan buat,” ujar Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza memberi kenyataan tersebut selepas mengajak peminat dan pengguna produknya untuk memasuki kelas solekan yang akan dikendalikan olehnya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: "Macam Mana Boleh Kata Datuk Siti Tak Ada Job" - Anak Tiri Siti Nurhaliza Tampil Bersuara

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Cinta Di Awan Bawa Penonton Larut Dalam Alunan Indah Siti Nurhaliza, Penutup Konsert Solo 2024

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Bakal Dianugerahkan Biduanita Negara!

Peminat Setuju


Perkara tersebut turut dipersetujui oleh beberapa orang peminat yang menyatakan Siti melakukan perkara tersebut kerana tugasnya sebagai seorang usahawan.

“Itulah job dia, dia bukan penyanyi je, dia juga usahawan. Banyak produk dia kena promote, mesti yang cakap macam tu ingat kerja dia menyanyi je,” komen @MekLaura.

“Betul, Siti pernah kena offer berlakon, dia kata dia tak minat,” ujar @DionzGoh di ruangan komen.


Sebelum ini, anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil membidas komen nakal netizen yang menyatakan Siti sebagai seorang artis yang tiada job kerana sering muncul di TikTok untuk mempromosikan barangannya sendiri.

#Datuk Seri siti Nurhaliza #TikTok #Tak Ada Job