Gaya Hidup

"Saya Suka Yang Besar Tu” - Tun M Kongsi Watak Kegemarannya Dalam Filem Marvel

Hanafis Haris
28/06/2019
06:24 MYT
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi kisah apabila sebenarnya turut meminati karakter daripada filem Marvel Cinematic Universe (MCU).
Paling menarik, Tun Dr Mahathir atau lebih mesra dipanggil Tun M menyatakan beliau turut meminati watak gergasi hijau, Hulk.
“Saya suka yang besar tu, yang pakai kapak. Garang,” katanya ringkas.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan pameran ‘Marvel Studios: Ten Years of Heroes’ di pusat beli-belah Pavilion di sini, semalam.
Bagi anda keliru, watak Hulk pernah menggunakan kapak ketika pertarungan bersama Thor dalam filem Thor: Ragnarok' yang diterbitkan pada 2017.
Filem terbabit menyaksikan evolusi Hulk yang lebih ganas dalam filem MCU.
Sementara itu, bagi anda yang meminati kesemua watak terbitan Marvel, anda boleh berkunjung ke pameran khas ini.
Pameran berkenaan berlangsung hari ini hingga 27 Oktober, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di level 10 Pavilion Elite, Kuala Lumpur.
BACA: Avengers assemble! Pameran Marvel Studio akhirnya diadakan di Malaysia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Malaysia Mendunia! Kuala Lumpur Jadi Lokasi Penggambaran Filem Marvel Thunderbolts

gempak
28/06/2024
08:07 MYT
Negara Malaysia dikatakan terpilih menjadi lokasi filem adiwira terbaharu Marvel, Thunderbolts.
Laman Utama

Deepika Padukone Mahu Watak Wonder Women

gempak
20/02/2023
13:56 MYT
Deepika mengaku dirinya mendambakan watak Wonder Woman.
Laman Utama

Siapakah Morbius? Ketahui Fakta-Fakta Menarik Tentang Superhero Ini

gempak
27/05/2022
08:03 MYT
Morbius dilakonkan oleh pelakon hebat Jared Leto
Laman Utama

“Ahli Sihir Diberi Gelaran Doktor? Nampak Tak?” - Teori Konspirasi Dah Muncul, Persoal Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness

gempak
10/05/2022
05:15 MYT
Terbitan Marvel Studio iaitu Doctor Strange in the Multiverse of Madness antara yang menjadi mangsa.
Laman Utama

Bintang Marvel, Gaspard Ulliel Meninggal Dunia Dalam Kecelakaan Bermain Ski

gempak
20/01/2022
01:21 MYT
Dia meninggal di hospital