Berita

"Saya Suruh Dia Berhenti Kerja, Saya Bayar Gaji Dia" - Abam Nak Isteri Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa

gempak
ZULHILMI JALIL
30/01/2020
05:24 MYT
Sponsor Banner
"Saya Suruh Dia Berhenti Kerja, Saya Bayar Gaji Dia" - Abam Nak Isteri Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa
Pelakon dan pelawak, Abam Bocey mengakui bahawa dia meminta isterinya, Nor Hidayah Mohd. Ali untuk meninggalkan kerjayanya dan menjadi suri rumah sepenuh masa.
Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan, 32, berkata, dia berbuat demikian kerana tidak mahu anaknya dijaga oleh pengasuh luar.
"Sebaik sahaja anak saya lahir tempoh hari, saya meminta isteri untuk berhenti kerja demi menjaga anak kami.
"Jadi, apa yang saya lakukan ialah saya 'beli' gaji dia. Saya berhentikan dia kerja dan saya bayar gaji yang sepatutnya dia peroleh setiap bulan," katanya ketika ditemui sewaktu sidang media teater Korupsi Dewan Semandung di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Menurut Abam lagi, gaji yang diberikan itu untuk kegunaan peribadi isterinya tanpa termasuk keperluan nafkah lain.
"Kalau dia nak beli apa dengan duit itu, dia punya pasal. Saya hanya deposit ke akaunnya setiap bulan, itu hak dia, duit gaji dia.
"Bab nafkah dan keperluan lain, itu tak termasuk sekali kerana saya beri lain," katanya yang memberitahu isterinya merupakan seorang akauntan sebelum ini.
Kata Abam lagi, dia lebih suka jika anaknya dibesarkan dan mendapat didikan sepenuhnya oleh keluarga sendiri.
Abam mendirikan rumah tangga dengan Nor Hidayah, pada 8 Disember 2017.
Hasil perkahwinan, pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia lapan bulan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live