Berita
“Saya Tahu Bella Ada 6 Boyfriends Tapi Tasha Ada 1 Saja”- Sheikh Muszapahar Cuba Dekati Anaknya
Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor akui sentiasa mencuba untuk menjadi kawan baik kepada anak-anak perempuanya.
Sheikh Muszapahar berkata usaha itu dilakukan dengan harapan agar dua anak perempuannya iaitu Sophea Isabella, 8, dan Sophea Natasha, 6, akan datang kepadanya untuk berkongsi segala cerita dan masalah termasuk tentang kekasih atau teman lelaki.
Menurut Sheikh Muszapahar tidak salah jika anak-anaknya berkawan dengan kawan lelaki asalkan mereka tahu batasnya.
“Saya cuba untuk menjadi kawan baik kepada anak-anak perempuan saya dengan harapan mereka akan datang kepada saya untuk bercerita atau berkongsi apa sahaja termasuk dalam pelajaran, kawan-kawan, dalam kehidupan seharian mereka atau pun isu dengan kawan lelaki haha
“Saya tahu Bella ada 6 boyfriends tapi Tasha hanya ada 1 sahaja.
“Sebenarnya saya menggalakkan anak saya bercampur berkawan dengan perempuan mahupun lelaki asalkan mereka tahu batasnya.
“Mereka mungkun baru berusia 6 dan 8 tahun tapi Bella kelihatan lebih matang dan perwatakannya juga seperti remaja.
“Semoga mereka menjadi seorang yang hebat satu hari nanti.
“Bagaimanapun Tasha adalah seorang yang memilih untuk berkawan tak semua orang boleh mendekatinya,” kata Muszaphar
Bapa kepada empat orang anak itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya
Menerusi perkongsian tersebut beliau memuat naik rakaman video sewaktu Tasha sedang berkongsi mengenai seorang kawan lelaki yang diminatinya.
Rata-rata memuji cara Muszaphar mendekati anaknya dan memberi inspirasi kepada mereka untuk dipraktiskan kepada anak-anak mereka.
Muszapahar berkahwin dengan Datin Dr Halina mohd Yunos pada tahun 10.10. 2010 dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan anak kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah.