Hiburan
"Saya Tahu Ini Bukan Hari Ulang Tahun Yang Paling Mudah Untuk Meraikan .." - Aishah Sinclair & Yuna Dedikasi Ucapan Untuk BCL
Penyampai radio MIX, Aishah Sinclair mendedikasikan ucapan khas sempena hari kelahiran isteri Allahyarham Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari (BCL) yang disambut semalam (22 Mac).
Aishah memuat naik sekeping fotonya bersama BCL dan penyanyi Yuna di laman Instagram miliknya beserta ucapan yang penuh makna.
"Sisters. Sekarang dan selamanya. Selamat ulang tahun kepada wanita cantik yang berada di tengah.
"Saya tahu ini bukan hari ulang tahun yang paling mudah untuk meraikan, tetapi akan ada antara yang lebih bahagia dalam tahun-tahun akan datang insya-Allah. Sangat sayangkan awak!" tulis Aishah.
Dalam pada itu, isteri kepada Adam Sinclair turut tidak terlepas menulis ucapan istimewa kepada BCL yang baru sahaja kehilangan arwah suaminya.
"Selamat hari jadi Bunga. Sedih saya tidak boleh terbang keluar untuk berjumpa dengan awak dan memberikan pelukan terbesar kepada awak tetapi insya-Allah saya akan berjumpa dengan awak tidak lama lagi.
"Ini adalah 'selfie' pertama kami bersama-sama atau lebih tepat-photobomb pertama saya. Betapa cepat masa berlalu.
"Saya akan selamanya menghargai hari ini apabila saya terpaksa menghabiskan masa dengan awak, Noah dan Abang Ash. Cinta awak," tulisnya.
Selepas lebih sebulan menyepikan diri daripada membuat sebarang posting di laman sosial sejak pemergian Ashraf, BCL akhirnya muncul dengan entri terbaharu pada ulang tahun kelahirannya.
Terdahulu, Ashraf meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) pada 18 Februari.
Allahyarham telah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan anak lelaki bernama Noah berusia 10 tahun.
Must-Watch Video