Video menunjukkan anak-anak pelakon Raf Yaakob memberi susu kepada anak ketiganya, Raden Muhammad Rafael mendapat perhatian dan teguran daripada netizen.

Video yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) itu dirakam oleh Raf dan memperlihatkan kedua-dua anaknya Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela memberi susu secar bergilir-gilir.

"Ok no more rock paper scissor. Bab bagi susu kena adil. @radenrayyanraf and @raysaachanelaraf dapat 1 minit sorang," tulisnya.

Seorang pengikut laman sosialnya, Noraini menegur cara anak-anaknya memberi susu kepada bayi kerana bimbang boleh tersedak.

"Dik @rafyaakob nanti time bagi susu tu tinggi kan sikit kepala baby..Sebab kalau suddenly tersedak, inshaallah susu tak masuk hidung..Btw kirim salam kat baby encem," tulis netizen tersebut.

Raf tidak berdiam diri malah terus menjawab.

"Saya tahu kak, anak dah 3. Memang tinggi pun. Dalam camera tak nampak angle dia. Thank you," tulisnya.

Raf berkahwin dengan Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid pada 9 November 2017.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu.

Hasil perkahwinan terdahulu, Raf dan bekas isteri dikurniakan dua orang anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

Ok no more rock paper scissor. Bab bagi susu adik kena adil. @radenrayyanraf and @raysaachanelaraf dapat 1 minit sorang ?

A post shared by Raf Yaakob (@rafyaakob) on