Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Viral

"Saya Tahu Saya Salah" - Ammar Alfian Mengaku Curang

Amri Hassan 23/05/2019 | 08:07 MYT
Pelakon Ammar Alfian membenarkan dakwaan isterinya, Nelissa Nezam pada Isnin lalu bahawa dia berlaku curang.
Kata Ammar, dia telah berkali-kali membuat permohonan maaf daripada isterinya namun pasrah dengan keputusan Nelissa.
"Saya tahu apa yang saya lakukan adalah salah. Saya sudah pun meminta maaf berkali-kali sebelum ini pada isteri saya, tapi ini hukuman yang saya dapat dari dia.
"Saya reda dan terima kerana ini semua dari Allah. Di bulan Ramadan yang mulia ini, pada semua saya meminta maaf. Saya pendosa dan saya percaya Allah akan memaafkan hambaNya yang datang padaNya.
"Isteri saya yang memilih cara penyelesaian seperti ini. Harap dia berpuas hati setelah motif tercapai," tulisnya menerusi entri terbaharu di Instagram.
Dalam entri sama, prioritinya kini untuk menyambut kelahiran anak lelaki sulungnya tidak lama lagi.
"Fokus saya adalah pada anak lelaki saya yang bakal lahir. Tiada benda lain yang penting. Saya dah buat pilihan untuk berdiam diri dan selesaikan masalah ni antara saya dan isteri tetapi isteri saya mahu malukan saya pada khalayak ramai.
"Saya takkan main permainan dia. Sepertimana saya pernah bagitahu sebelum ini, kamu semua tak boleh faham dan tak mahu dengar belah pihak saya jadi buat apa saya perlu jelaskan apa-apa.
"Cukup bagi saya, Nel isteri saya, ibu bapa saya dan ibu bapanya tahu," ujarnya.
Memohon netizen menghormati perkahwinannya, Ammar menjelaskan entri itu merupakan kenyataan terakhir daripadanya.
"Ini merupakan post saya yang terakhir tentang isu ini. Tolong hormati perkahwinan saya dan beri saya ruang untuk selamatkan perkahwinan saya.
"Saya harap perjalanan hidup saya lebih tenang dan dekat pada Allah selepas ini. Sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Terima kasih," tambah Ammar.

A post shared by Ammar Alfian (@ammar_alfian) on

Isnin lalu Nelissa tampil mendedahkan kisah kecurangan suaminya kepada khalayak umum menerusi sebuah entri di Instagram.
BACA: Isteri Dedah Kecurangan Ammar Alfian Ketika Sedang Hamil 6 Bulan?
BACA: "Ini Waktu Sukar Bagi Saya, Harap Boleh Settle Sesama Sendiri" - Isteri Ammar Alfian
Ammar bagaimanapun memilih untuk berdiam diri dan memaklumkan isterinya telah membuat permohonan maaf ekoran tindakannya itu.
BACA: Ammar Alfian Telah Maafkan Isteri, Tapi Isteri Pula Kata 'Dont Make Me Pull Out Receipts'... Apa Jadi Ni?
Terbaharu, Nelissa mendedahkan perbualan WhatsApp antara mereka berdua bagi membuktikan tindakannya itu betul.
BACA: Tayang Bukti Perbualan WhatsApp, Isteri Ammar Alfian Nafi Sengaja Reka Cerita
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016 dan sedang menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka.
#Ammar Alfian #Curang #Nelissa Nezam
;