Penyanyi Ernie Zakri meluahkan rasa teruja sebaik melihat hasil kerjanya yang berjaya merakamkan lagu tribute Sentiasa Di Sini secara sendiri di rumah.

Ini kerana, menurut Ernie, proses rakaman agak mencabar apabila dia perlu merekodkan lagu tersebut tanpa ada peralatan yang lengkap.

"Pertama kali dengar tu, tak tahu macam mana proses rekod. Dengar dulu melodi dia je. Pagi dapat MP3, malam tu saya rekod.

"Saya tak ada peralatan yang lengkap untuk rekod, tapi mereka memudahkan ajar cara-cara nak rekod. Nak rakam kena pakai telefon dan kena ada beberapa telefon.

"Bila tengok hasilnya, gembiranya! Ehh..aku rekod sendiri ni lagu ni," katanya menerusi satu temu bual bersama Gempak TV.



Ernie merupakan antara 26 artis tempatan yang terlibat dalam penghasilan muzik video lagu tribute Sentiasa Di Sini.

BACA: Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Noh Hujan Antara 26 Artis Berpadu Suara Jayakan Lagu 'Sentiasa Di Sini', Memang Gempak!

Lagu yang diterbitkan oleh Astro Gempak itu menampilkan Noh Salleh dan AG Coco selaku penulis lirik dan komposer.

BACA: Capai 2 Juta Tontonan Dalam 7 Hari, Muzik Video Lagu Tribute 'Sentiasa Di Sini' Memang Padu!

Jadi, apa kata jom sama-sama kita layan lagu Sentiasa Di Sini yang didedikasikan khas buat kita semua rakyat Malaysia yang sentiasa cekal dalam berdepan cabaran melawan penularan wabak Covid-19.



Dalam pada itu, jangan lupa saksikan Gempak TV setiap Rabu pukul 9.30 malam di saluran Astro Ria.

Dikendalikan pengacara, Isha Norsham dan Daniel O’Niel, Gempak TV juga boleh ditonton secara live streaming menerusi www.gempak.com.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!