"Saya Tak Akan Reviu Makanan Walau Dibayar" - Ada Prinsip, Fendy Bakry Tempelak Peniaga Online Tak Sensitif

Amri Hassan
Jun 13, 2020 07:29 MYT

Pelakon Fendy Bakry menegaskan prinsip kerjayanya yang menolak untuk membuat ulasan berkaitan makanan.

Kata Fendy, selain demi menjaga kesihatannya, dia enggan menipu pengikut Instagramnya dengan memberikan reviu yang tidak jujur.
"Minta maaf ya, dari dulu sampai sekarang saya takkan pernah buat reviu pasal makanan.
"Saya rasa saya boleh elakkan saya elakkan. Kadang dengan pemakanan ni macam-macam boleh jadi.
"Kadang yang menyakitkan hati bila indah khabar dari rupa," kata Fendy
Tambah Fendy lagi, dia tidak akan melakukan reviu semata-mata mengejar bayaran.
"Saya kalau nak reviu apabila saya sendiri teringin nak makan dan saya rasa sedap.
"Saya takkan reviu disebabkan duit saja tapi hakikatnya makanan yang hado. Tak tergamak nak tipu orang padahal tak sedap.
"Jadi konsep dia rasa dulu. Kau rasa sedap pandai-pandai kau nak bagi kredit takkan nak ajar, tak sedap kau bisik supaya ada penambahbaikan," ujarnya.

Malah, Fendy mengingatkan usahawan atas talian agar mengambil tahu perkembangan semasa artis terutama keadaannya yang kini masih tidak sihat.
"Belajar-belajar ambil tahu perkembangan pasal orang sama.
"Aku dengan berwayar bagai, hampa nak suruh reviu. Bisnes tak kena tempat," tambahnya.
Fendy dimasukkan ke wad baru-baru ini ekoran demam denggi.

#Reviu #Makanan #Fendy Bakry