"Saya Tak Amik Pot Apa Orang Kutuk Dan Mengata Pasal Saya Jika Saya Di Hina" - Norish Karman

Elrafaei Sapi
Februari 11, 2019 09:23 MYT
Kisah peribadi selebriti sering jadi tumpuan peminat tapi selebriti, Norish Karman mempunyai cara tersendiri berdepan komen netizen.
Ujarnya, peminat lazim bertanya perangai artis yang dijadikan idola mereka sehingga melakukan pelbagai perkara termasuk cerita panas ketika ini, artis buka tudung.
"Ramai tanye sy, nape artis ni macm tuh perangainya ? Nape buat hal? kan dia icon? Kami netizen pandang dia sebagai Idola tau tak?? nape la dia bukak tudung? nape la artis selalu buat hal.... Bla bla bla... ramai mintak pendpt dan pandang me.....," katanya dalam status di Instagramnya, @norishkarman semalam.
Bagaimanpun, Norish memilih caranya tersendiri sebagai selebriti iaitu dengan memberi fokus pada keluarga.
"Kalau semua bole fhm bhw sy ni hidup cara dan kemampuan sy sebagai ibu Tunggal membesarkan 4org anak... demi anak2 demi memberi masa yg kualiti dan didikan agama dan kasih sayang, dah hampir 5 tahun sy hidup sebagai manusia "biase biase " bak kata mantan PM.
"Sy tak amik pot ape org kutuk & mengata psl sy jika sy di hina atau senantiase menjadi topik membawanag dari dulu hingga kini pun takde hal.. sy tak pernah kisah," katanya.
Norish percaya Allah sudah tentukan hidupnya termasuk menyusun segala dugaan dan kebahagiaan.
"Hanya sy perlu sabar dan bertaqwa agar pengakhiran hidup ku dpt kucipta bersama Allah SWT.
"Apabila kematangan menyelubungi sesorang manusia maka kita akan berhenti menilai dan menghukum orang lain tetapi fokus untuk merubah diri sendiri," katanya.
Jelasnya, manusia juga seharusnya menerima orang lain seadanya dan faham makna perbezaan pendapat tanpa perlu taksub.
"Kita berani 'melepaskan' kenangan lama yg pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas.
"Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain," katanya.
Norish juga menasihati netizen agar berhenti membandingkan nasib sendiri dengan orang lain.
"Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain. Kita boleh bezakan "kehendak" dan "keperluan", lalu mengutamakan keperluan dari kehendak," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @norishkarman
#Norish Karman