Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Saya Tak Aniaya Orang" - Nourul Depp Dedah Terima Mesej Orang Nak Santau

ZULHILMI JALIL 14/11/2020 | 07:40 MYT
Selepas pelakon Syafie Naswip, terbaharu, penyanyi Nourul Depp pula berdepan situasi sama apabila menerima mesej berbaur ugutan di Instagram miliknya.
Menurut Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab, 43, individu yang tidak dikenalinya itu mendakwa mahu melakukan sihir terhadapnya.
"Apa dosa saya pada dia dan kenapa dia bercakap macam ini. Kita doakan dia semoga diberi petunjuk.
"Awat sampai berusmpah guna nama Allah? Nak santau tapu bersumpah atas nama Allah?! Astaghfirullah, saya tahu benda ini wujud, tapi InsyaAllah, Allah maha pelindung dan maha besar.
"Saya tak aniaya orang. Saya tak buat apa-apa setahu saya," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam entri tersebut, Nourul turut berkongsi paparan mesej yang diterimanya daripada individu tersebut.

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Bagaimanapun, di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memintanya untuk tidak mengendahkan mesej tersebut.
Hal ini kerana, ramai golongan artis juga turut menerima mesej yang sama.
"Rasanya ada artis lain kena macam ni. Tak tahulah sama atau lain. Gila.
Dia ini ada masalah, ramai artis dia buat macam ini," komen sebahagian pengikutnya.
Nourul kemudian menyifatkan individu tersebut mungkin hanya mahukan perhatian.
"Baru dapat tahu. Rasa lega sikit sebab ingatkan dia marah kita. Terus cari kat siapa aku buat jahat ni.
"Nak perhatian ni. Allah sedihnya. Dia perlukan pertolongan. Rasa nak bantu. Kesian," responsnya kepada pengikut.
Sebelum ini, pelakon Syafie Naswip berdepan situasi sama apabila diugut untuk disantau.
BACA: "Undang-Undang Allah Ada, Tapi Kita Ikut Jugalah Ikut Undang-Undang Negara," - Diugut, Syafie Naswip Buat Laporan Polis
#Nourul Depp #Mesej #Santau
;