Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Saya Tak Belikan Dia Banyak Pakaian, Takut Berakhir Dengan..." - Loca-B Bersyukur Anak Selamat & Keluar Dari NICU

Asraf Aided
10/12/2020 12:27 MYT
Rapper wanita, Loca B berkongsi rasa syukur kerana anaknya, Bintang telah keluar dari unit rawatan NICU selama tiga minggu akibat mengalami penyakit Gastroschisis.

Perkara itu dikongsi Loca B menerusi entri di akaun Instagram miliknya hari ini.

Menrut pemilik nama sebenar Hani Azali ini, dia telah bersedia untuk menghadapi situasi yang lebih buruk ketika Bintang masih dirawat di hospital.

"Bintang telah disahkan menghidap Gastroschisis ketika awal kehamilan saya, doktor cakap setiap 6 hingga lapan bulan ada satu kes, dan kes yang teruk adalah bayi dimasukkan ke NICU selama tujuh bulan dan akhirnya tidak bertahan. Jadi, saya sudah bersedia untuk keadaan yang lebih buruk.

"Saya tak mahu beli banyak pakaian kerana takut ia akan berakhir dengan kesedihan, kami hanya beli tempat duduk dalam kereta sehari sebelum Bintang dikeluarkan dari hospital," tulisnya.

Dalam pada itu, Loca B mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang tidak henti memberi sokongan kepadanya.

"Banyak dugaan tetapi perjalanan ini telah mengajar kami dalam kehidupan, kami diberkati dengan rezeki, dengan sokongan positif dari semua, terima kasih!

"Alhamdulillah, Bintang telah sembuh dengan cepat dan baik, bila nak tinggalkan NICU tu nurse cakap nak ambil gambar Bintang! baby survive gastroschisis.

"Kami sangat bersyukur kerana boleh bawa balik bayi kami ke rumah, my strong strong beautiful girl Bintang Aiko. Let's buy more clothes and do a photoshoot," tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, ramai pengikut Loca B memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kesihatan Bintang.

A post shared by LOCA B (@kuning.langsat)


Terdahulu, suami Loca B, rapper Tuju berkongsi nama Bintang menerusi siaran langsung MeleTop pada 24 November 2020.

Sebulan sebelum itu, anggota kumpulan K-Clique itu mengakui sudah mendirikan rumah tangga bersama Loca-B namun memilih untuk tidak berkongsi tarikh perkahwinan mereka.

Difahamkan, Tuju lebih selesa menyimpan serta mendiamkan diri daripada bercakap mengenai hal peribadi.


#Anak #rapper #Loca B #Tuju
;