Hiburan
Saya Tak Bercadang Kembali Bersama Jejai Atau Keluarganya - Fasha Sandha
Pelakon Nur Fasha Sandha Hassan, 32, nekad tidak akan kembali kepada bekas suami, Jejai atau Rizal Ashram Ramli, 39, seperti yang diharapkan oleh para peminat.
“Sejujurnya, setakat ini saya hanya terima Rizal sebagai ayah kandung kepada kedua-dua anak saya. Saya tidak bercadang untuk kembali bersama Rizal dan keluarganya,” katanya.
Tambah Fasha, sejak bercerai dengan Jejai pada 20 Januari lalu, kehidupannya kini semakin tenang.
“Kehidupan saya lebih tenang sekarang selepas saya berpisah kerana berpisah adalah jalan yang terbaik. Saya percaya kepada prinsip saya iaitu cinta tidak semestinya bersatu.
“Walau bagaimanapun, itu semua adalah takdir Allah Taala dan saya bersyukur dengan apa yang berlaku,” katanya.
Fasha yang baru meraikan sambutan hari lahirnya pada 28 Mac lalu, bagaimanapun bersyukur kerana peminat sentiasa mendoakan kebahagiaannya.
“Terima kasih kepada peminat yang mendoakan kebahagiaan saya dan berharap agar kami berbaik. Ramai juga yang bertanyakan tentang perkara ini kepada saya selepas Rizal memuat naik gambar saya sempena ucapan hari lahir buat saya.
Fasha dan Jejai, bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 2, dan Putri Raysha Jemyma, 1.
Sumber: Utusan Online