Pelakon terkenal Bollywood, Arjun Rampal disahkan positif COVID-19.

Berita itu dimaklumkan oleh Arjun sendiri menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Menurut Arjun, dia merupakan antara pesakit yang tidak mempunyai sebarang simptom wabak berkenaan.

“Saya disahkan positif COVID-19. Walaupun saya tidak mengalami sebarang gejala saya kini sedang menjalani rawatan dan kuarantin kendiri di rumah. Saya akan mematuhi segala protokol kesihatan yang telah ditetapkan,” tulisnya.

A post shared by Arjun (@rampal72)


Selain itu, Arjun juga meminta individu yang menjadi kontak rapat dengannya sejak 10 hari lalu supaya melakukan ujian calitan COVID-19.

“Tolong berjaga-jaga dan amalkan norma baharu dengan lebih berhati-hati. Ini adalah waktu sukar untuk kita semua. Marilah kita bersama-sama melawan COVID-19” coretnya.

Selain Arjun, seorang lagi pelakon iaitu Neil Nitin juga memaklumkan diri dan keluarganya turut dijangkiti COVID-19.

Sebelum ini beberapa nama besar seperti Manish Malhotra, Amitabh Bachchan, Abhishek Bachchan, Arjun Kapoor, Amir Khan dan Akshay Kumar juga turut dijangkiti wabak berkenaan.