,
Laman Utama

"Saya Tak Beri Orang, Takut Galak Buat Dosa" - Zizi Kirana Dah Tak Ada Baju Seksi, Niat Berhijab Dalam Masa Terdekat

Asraf Aided
05/04/2021
02:54 MYT
Penyanyi Zizi Kirana akui sudah tidak memiliki pakaian seksi yang pernah dipakainya dahulu.
Menurut Zizi, dia tidak berniat untuk memberi pakaian-pakaian itu kepada sesiapa kerana khuatir menggalakkan orang lain melakukan dosa.
"Sejujurnya saya memang dah tak memiliki baju-baju seksi yang pernah dipakai sebelum ini.
"Saya tak ada niat nak bagi sesiapa, apa yang penting saya memang dah tak ada baju-baju macam tu.
"Ada juga orang tanya kenapa tak bagi orang lain, buat apa saya bagi orang baju-baju seksi? Nanti saya menggalakkan orang buat dosa pula," katanya.
Zizi berkata demikian ketika ditemui pada rakaman sebuah program televisyen petang semalam.
Tambah Zizi, dia terdetik hati untuk berhijrah perlahan-lahan selepas kehilangan ramai insan tersayang di sekelilingnya.
"Saya sedang cuba untuk perbaiki diri, Insya-Allah saya akan lakukan perlahan-lahan, saya tak mahu terlalu drastik sebab kita tahu Allah SWT sentiasa menguji.
"Banyak juga kejadian sekeliling seperti kehilangan keluarga, sahabat dan orang-orang yang saya sayang, perkara ini membuatkan saya lagi sedar dan cuba untuk perbaiki diri," tambahnya.
Ditanya mengenai hasrat berhijab, Penyanyi lagu Eh ini akui sudah mempunyai niat namun harus menyelesaikan urusan kerja yang sudah dipersetujui dengan beberapa pihak sebelum ini.
"Kerap juga saya terfikir untuk memakai tudung, dan memang dah ada niat nak pakai, cuma saya perlu selesaikan dahulu kerja-kerja yang sudah dipersetujui sebelum ini.
"Saya hormati mereka juga, saya tak boleh pentingkan diri sendiri apabila membuat keputusan.
"Mungkin ada sebabnya juga mengapa belum tiba masanya saya memakai hijab, Insya-Allah dalam masa terdekat ini, doakan saya ya," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Zizi juga akan tampil dengan beberapa lagu dalam tahun ini sebagai buah tangan kepada para peminat.
Sama-sama kita nantikan!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Satu Hari Tu Saya Bangun, Rasa Bersalah Nak Post Gambar Free Hair…” - Sudah Lama Pasang Niat, Shasha Abedul Rasa Tenang Berhijab

gempak
16/10/2024
03:55 MYT
Tampil dengan imej baharu, pelakon Shasha Abedul mengakui dirinya sudah lama menyimpan hasrat untuk mengenakan berhijab.
Hiburan

Aisyah Aziz Mengaku Panas Bila Pakai Tudung - “Kadang-Kadang Saya Marah…”

gempak
12/10/2024
15:55 MYT
Penyanyi Aisyah Aziz mendedahkan dia sering menerima kritikan mengenai gaya pemakaian hijabnya.
Hiburan

Pernah Rasa Mahu Sucikan Hati, Shahir Rancang Menetap Di Tanah Suci - “Kadang-Kadang Sebagai Manusia…”

gempak
10/10/2024
18:50 MYT
Penyanyi, Shahir berkongsi bahawa dia dan isteri pernah berhijrah ke Arab Saudi untuk merasai pengalaman hidup di sana.
Hiburan

Angeline Tan Belum Dapat ‘Offer’ Berlakon Sejak Peluk Islam, Anggap Tiada Watak Yang Sesuai Dengan Imej - “Selama Saya Berada Dalam Industri, Tak Pernah Meminta…”

gempak
09/09/2024
09:25 MYT
Pelakon, Angeline Tan mendedahkan sehingga kini dia masih belum menerima sebarang tawaran berlakon selepas memeluk islam pada September lalu.
Hiburan

Akui Sukar Istiqamah, Nora Danish Syukur Rakan-Rakan Banyak Bantu Proses Hijrah - “Kena Tanam Sifat Ingin Berubah Walaupun Belum Sampai Masanya”

gempak
04/09/2024
06:55 MYT
Aktres jelita, Nora Danish mengakui proses istiqamah menjadi ujian sebenar pada setiap individu kerana ia berbeza-beza.
Unitar