“Saya Tak Boleh Bau, Tapi…” - Minta Doa Orang Ramai, Cik B Positif COVID-19

Asraf Aided
November 19, 2021 10:08 MYT
Pelakon dan anak jutawan kosmetik Datuk Seri Vida, Cik B disahkan positif COVID-19.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Cik B menerusi sebuah video di akaun Instagramnya sebentar tadi.
Namun menurut pemilik nama lengkap Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin itu, keadaannya tidak serius dan baik-baik sahaja setakat ini.
"Guesss what? Cik B terkena jangkitan COVID-19, tapi tak apa, tiada yang serius.
"Cuma Cik B tak boleh bau, rasa masih boleh, Cik B kena baru lagi, sekarang sedang kuarantin dalam bilik Cik B," katanya dalam video tersebut.
Dalam pada itu, Cik B turut meminta orang ramai untuk mendoakan kesembuhan buatnya.
"Cik B nak korang tolong doakan untuk Cik B, terima kasih, stay safe semua di luar sana, love you bye," katanya lagi.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Cik B dan rakan industri memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar dia sembuh segera.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
#Cik B #Positif #COVID-19