“Saya Tak Boleh Berhenti Menangis”- Suami Christina Perri Umum Timang Cahaya Mata Pertama

Syafiqah Jalal
Januari 18, 2018 11:04 MYT
Penyanyi antarabangsa, Christina Perri selamat melahirkan bayi perempuan pagi tadi.
Berita gembira itu dikongsi oleh suami penyanyi A Thousand Years, Paul Costabile di akaun Instagram (IG) peribadinya.
Paul turut mengumumkan nama puterinya itu yang diberi nama Carmella Stanley.
Menerusi kapsyen Paul, dia memberitahu amat terharu dengan kehadiran cahaya matanya itu sehingga tidak berhenti mengalirkan air mata.
“Hadiah paling bermakna buat kami! Perkenalkan anak kami, Carmella Stanley Costabile.
“Ibu dan bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.
“Saya tak boleh berhenti menangis!” tulisnya.
Paul turut memuat naik fotonya bersama Christina dan bayinya yang baru dilahirkan.
Foto: Instagram Paul Costabile
#Penyanyi #Anak #Penyanyi #A Thousand Years #Christina Perri