Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Nusantara

"Saya Tak Boleh Komen Banyak" - Aliff Alli Khan Nafi Pernah Cederakan Bekas Isteri

Amri Hassan 20/05/2020 | 23:30 MYT
Pelakon Aliff Alli Khan menafikan tuduhan bekas isterinya, Aska Ongi bahawa dia pernah mencederakannya ketika hamil empat bulan.
BACA: Adik Miller Khan, Aliff Alli Khan Pukul Isteri Ketika Hamil Sampai Lebam?
Kata Aliff, 28, berita yang dinyatakan itu tidak benar namun enggan mengulas lebih lanjut.
"Mohon maaf saya tidak bisa berkomentar banyak, yang pasti apa yang telah diberitakan itu tidak benar," katanya ketika dihubungi Gempak.
Sebelum ini, Aliff didakwa mengasari bekas isterinya itu ketika hamil dan sering mabuk.
Malah, Aliff didakwa tidak mempunyai permit kerja yang sah di Indonesia dan hanya menggunakan pas pelancong sepanjang berada di sana.
Untuk rekod Aliff dan Ongi mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup di Bali, Indonesia dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Alyssa Ismillah Khan.
Sebelum itu Aliff pernah berkahwin dengan Nora Alexandra Phillip namun bercerai pada 2017.
Aliff, 28, merupakan abang kepada Isa Khan dan adik kepada Miller Khan dan Farali Khan.
Aliff pernah membintangi filem Heart 2 Heart dan beberapa sinetron antaranya Kau Berasal Dari Bintang, Rahasia Cinta dan Catatan Hati Seorang Gadis.
#Aliff Alli Khan #Pukul Isteri #Aska Ongi
;