Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mendedahkan tidak boleh makan makanan pedas sejak kehamilan keduanya.

Menurut Siti, terdapat perbezaan hamil bayi lelaki berbanding sewaktu beliau hamilkan Siti Aafiyah dahulu.

“Saya tiada mengidam macam-macam kerana saya tidak boleh mengambil makanan pedas. Agak sedih sedikit lah kerana saya memang peminat makanan pedas.

“Jadi kebanyakan makanan saya hanya lah sup dan masakan kampung yang ringkas.

“Saya akan mengalami ‘heart burn’ yang teruk jika mengambil makanan pedas jadi terpaksa elak makanan sebegitu.

“Hamil anak lelaki ni pula bezanya saya lebih penat dan banyak simptom ibu hamil saya lebih terasa kini.

“Selain itu, perut saya kini juga lebih besar dan berat naik agak banyak berbanding hamilkan Aafiyah dahulu,” kongsinya kepada Astro Gempak.

Siti berkongsi perkara tersebut ketika sesi temubual bersama media dalam sidang media alam maya Vantage Siti Series 2021 bersama GoShop.

Tambah Siti lagi sejak hamil dia jarang masuk ke dapur kerana simptom seperti loya dan mudah penat.

“Saya jarang sangat masuk dapur lebih-lebih lagi ketika hamil trimester pertama. Saya akan loya bila bau minyak atau masakan bergoreng.

“Tapi Alhamdulilah, kini dah masuk trimester ketiga ni saya sudah mula masuk dapur untuk sediakan makanan Aafiyah atau masak untuk suami jika dia teringin nak makan masakan saya sekali sekala,” katanya lagi.

Siti yang sedang sarat hamil itu dijangka melahirkan bayi keduanya pada April ini.