Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Saya Tak Cakap Pun Saya Nak Menikah” - Fauziah Ahmad Daud

Mya Amri
05/12/2022 08:44 MYT
Seniwati, Fauziah Ahmad Daud tampil menjelaskan tentang salah faham berkenaan status lamaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya baru-baru ini.

Menurut Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy, risikan yang dimaksudkan adalah mengenai pinangan daripada produksi, DStar Management untuk mengadakan teater muzikal Wajah rahsia Hati Februari tahun hadapan.

“Ramai orang ingat saya hendak bernikah. Saya tak cakap pun saya nak menikah.

“Sebenarnya risikan yang dimaksudkan adalah tentang pelawaan Hafiz Glamour untuk mengadakan teater muzikal ini.

“Saya tak ada cakap nak nikah pun. Cuma bila ramai yang doa, saya aminkan sahaja,” jelasnya ketika ditemui Gempak dalam majlis pelancaran teater muzikal itu bertempat di Hotel Royale Chulan, The Curve, Damansara.

Mengulas tentang teater tersebut, Ogy berkata tawaran itu sudah diterima sejak lima tahun lalu cuma tahun ini dia memberanikan diri untuk bermonolog tentang perjalanan hidupnya.

“Banyak istikharah yang saya buat sebelum setuju terlibat dalam teater muzikal ini. Lima tahun, saya belum berani sebenarnya

“Tetapi keyakinan dan kematangan diri membuatkan saya berani. Nak pegang panggung ini bukan satu kerja mudah. Tetapi ini bukan satu bebanan.

“Saya yakin mampu untuk memberi persembahan terbaik,” ujarnya.

Teater Muzikal Wajah Rahsia Hati bakal diadakan di Gateway Theatre Singapura itu pada 11 Februari tahun hadapan.

Persembahan monolog tersebut mendapat sentuhan penulis skrip, Slen Fadzil dan Zurina Waji serta bakal diarahkan pelakon dan pengarah, Che Kem.

#Kahwin #Fauziah Ahmad Daud #Ogy
;