Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Saya Tak Dibenarkan Jumpa Anak-Anak Dah 23 Hari” - Farid Kamil

Asyikin Mayudin 28/03/2023 | 03:50 MYT

Kemelut rumah tangga yang berlaku antara Farid Kamil dan Diana Danielle turut menyebabkan aktor itu tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan dua orang anaknya sejak 23 hari lalu.

Menerusi video temu bual yang dikongsikan di TikTok Xtra, Farid turut mendakwa dia tidak dapat menghubungi anak-anaknya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

“Saya sayang anak-anak saya, tanpa isteri saya, saya takkan jumpa anak-anak saya. Saya tak dibenarkan jumpa anak-anak dah 23 hari, telefon pun tak dibenarkan,” dedah Farid.

Farid yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam juga berkata dia sudah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangganya yang diganggu orang ketiga.

“Contoh hari ni saya cuba, walaupun saya tahu kesalahan orang luar, saya cuba menyelamatkan rumah tangga, saya cuba. Tapi saya rasa tidak adil,” katanya lagi.

Terdahulu, Farid dan Diana hadir ke mahkamah bagi perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai dengan alasan tiada lagi persefahaman dan berlaku pergaduhan berpanjangan.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8

#Diana Danielle #Farid Kamil #Diana #Farid #Diana cerai #Farid anak
;