Laman Utama

“Saya Tak Halang Lisa Untuk Berlakon, Asalkan…” - Yusry Abdul Halim

gempak
Izwan Isa
30/11/2022
07:50 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tak Halang Lisa Untuk Berlakon, Asalkan…” - Yusry Abdul Halim

Pengarah dan penerbit Datuk Yusry Abdul Halim tidak melarang isterinya, Datin Lisa Surihani untuk meneruskan karier sebagai pelakon.

Menurut Yusry, dia bersikap terbuka dengan keputusan isterinya untuk aktif berkerja di depan kamera, asalkan tempoh masa bekerja tidak melebihi 12 jam sehari.
“Sejujurnya, saya tidak pernah halang isteri saya untuk bekerja atau berlakon. Tapi, Lisa tahu tanggungjawabnya sebagai seorang ibu, apatah lagi anak bongsu kami masih kecil.
“Lisa sendiri cakap yang dia boleh berlakon, asalkan tak lebih 12 jam. Itu syarat dia. Kalau produser setuju dengan syarat itu, dia sure akan buat,” katanya kepada Gempak.
Yusry ditemui pada acara Viu Upfront 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini mengulas mengenai Lisa yang dilihat sudah jarang muncul di kaca televisyen mahupun layar lebar sebagai seorang aktres.
Melanjutkan bicara, Yusry turut mencadangkan agar setiap rumah produksi mengehadkan masa bekerja yang serupa agar prestasi para pelakon terjamin sepanjang proses penggambaran.
“Saya seperti saya, sebagai pengarah saya selalu hadkan masa penggambaran tidak lebih 12 jam. Sebab kita letih kerja lebih masa. Not good for everyone. Kualiti lakonan akan turun, emosi terganggu dan mood akan lari.
“Pernah saya terlajak shooting lebih 12 jam. Tapi saya akan beritahu pelakon awal-awal dan pada esok harinya, kita boleh mula lewat sikit. Tengok keadaan juga sebab ada hari kita kena push.
“Tapi walau apa pun, tidak berlebihanlah. Sekitar 12 jam juga kita akan cuba habiskan penggambaran,” katanya lagi.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024