"Saya Tak Ingat Bila Last Time Saya Main Bola Sepak, Selalunya Futsal" - Syed Saddiq

Kamaruddin Razal
September 18, 2018 13:30 MYT
Perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan pilihan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menentang Dugong All Stars sempena program Jelajah Belia Sayangi Malaysiaku berlangsung dengan jayanya di Stadium Muar pada Sabtu lalu.
Menerusi penentuan penalti, pasukan Saddiq berjaya memenangi perlawanan dengan skor 4-3.
"Penonton sekitar Muar yang turun padang hadir membuatkan saya dan pasukan lebih bersemangat. Berkobar-kobar!" kata Saddiq kepada HLive.
Menjadi 'top scorer' untuk pasukannya, Saddiq sendiri sudah tidak mengingati bilakah kali terakhir dia bermain bola sepak di padang.
"Sejujurnya, saya sendiri tak ingat bila kali terakhir saya bermain bola sepak di padang. Selalunya, saya bermain futsal.
"Mungkin selepas ini saya boleh 'repeat' lawan futsal dengan team Johara," katanya lagi.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Foto: Instagram @era.je & @syedsaddiq
#Syed Saddiq