Laman Utama

“Saya Tak Jamin Korang Boleh Pilih Vaksin…”- Tak Boleh Travel Ke Eropah Kalau Ambil Sinovac? Ini Penjelasan Dr Izzar

Syafiqah Jalal
16/06/2021
09:35 MYT
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar yang juga seorang doktor pakar membangkitkan isu jenis vaksin yang dikatakan tidak diterima di beberapa negara termasuk Arab Saudi bagi yang ingin mengerjakan Umrah dan Haji.
Dr Izzar meminta agar penerima vaksin Sinovac bertenang kerana buat masa ini Arab Saudi belum memperakui jenis vaksin tersebut kerana ia baharu sahaja mendapat kelulusan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Sekarang timbul isu kalau ambil vaksin Sinovac atau CoronaVac, tak boleh pergi Haji pula.
“Bertenang. Buat masa sekarang, Arab Saudi tak memperakui lagi vaksin Sinovac. Sinovac ni kan baru sahaja dapat kelulusan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Kita beri masa kat Arab Saudi.
“Indonesia, Brunei, Pakistan pun ambil vaksin Sinovac. Diorang taknak pergi Haji juga ke? @khairykj pun akan berbincang dengan kerajaan Arab Saudi. Doa-doakanlah okay. Saya pun dapat Sinovac,” katanya.
Dr Izzar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Dr Izzar turut meminta agar semua tidak menangguh pengambilan vaksin hanya kerana tidak mendapat jenis vaksin yang mereka mahu selepas didakwa negara Eropah tidak menerima vaksin Sinovac.
“Ni yang belum dipanggil untuk Haji pun, atau yang cakap tak boleh nak travel ke eropah kalau ambil Sinovac, dah kenapa? Nak tunggu vaksin yang dia nak ada dulu baru nak pergi vaksin. Kalau Sinovac taknak. Bijak-bijak.
“Saya tak boleh jamin korang boleh dapat vaksin yang anda nak. Tapi korang boleh jamin ke yang korang akan dilindungi dari COVID-19 dalam tempoh menunggu tu?
“Dengan varian-varian baru berbahaya lagi ni. Ber ‘lockdown’ la sampai berkicap semua sebab nak tunggu jenama vaksin pilihan sanubari. UK dah tengok bola kat stadium dah. US pun dah boleh tengok NBA kat stadium nak dekat kapasiti penuh. Depa pakat-pakat amik vaksin.
“Keutamaan korang sekarang sepatutnya untuk melindungi nyawa, dan melindungi orang lain. Bukannya nak travel overseas.
“Ambil dulu vaksin yang ditawarkan tu. Tak perlu tunggu n memilih lagi sebab COVID-19 menanti. Ingat tahun depan dah boleh travel ke luar negara macam biasa ke? Nak keluar rumah sekarang pun tak boleh. Lama lagi rasa ni,” jelasnya panjang lebar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#Travelmana: Diskaun Saudia Airlines, Pakej ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian' Antara Tawaran Menarik Di PAPUH Muslim Travel Fair 2024

gempak
23/07/2024
19:57 MYT
Kisah jemaah tertipu dengan pakej-pakej murah di media sosial untuk mengerjakan haji dan umrah bagai tidak pernah terhenti.
Gaya Hidup

Baju Kebaya Hari Jadi Jutawan Tudung Bernilai RM134,000 - "36,000 Butir Kristal Swarovski, Fabrik Dari Eropah"

gempak
10/07/2024
01:00 MYT
Jutawan tudung Haliza Maysuri tampil berkongsi nilai busana yang dipakainya ketika sambutan hari jadi ke-47 pada hujung minggu lalu.
Viral

Penduduk Kampung Beratur Minum Air Rendam Kaki Haji, Hajah

gempak
06/07/2024
18:39 MYT
Sebuah video tular di aplikasi TikTok memaparkan sekumpulan penduduk di sebuah kampung beratur untuk meminum air rendam kaki yang didakwa sebagai 'air berkah'.
Viral

Viral Minum Air Basuhan Kaki Jemaah Balik Haji, Ini Komen Pendakwah - "Ia Tak Jatuh Syirik Tapi Satu Perbuatan Yang ..."

gempak
06/07/2024
08:55 MYT
Baru-baru ini kecoh di media sosial berkaitan tindakan beberapa orang wanita di Indonesia yang meminum air basuhan kaki pasangan suami isteri yang baru pulang dari menunaikan haji.
Hiburan

"Dugaan Memang Banyak, Tapi Allah Rezekikan Kami ..." - Amy Mastura Selamat Tunai Haji, Peminat Puji Tak Menunjuk-Nunjuk

gempak
06/07/2024
02:50 MYT
Penyanyi Amy Mastura memanjatkan rasa syukur dapat menyelesaikan ibadah haji di Tanah Suci baru-baru ini.