Berita

“Saya Tak Kata Banjir, Saya Kata Musim Tengkujuh” - Exco Kelantan

gempak
Gempak
29/11/2024
13:25 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tak Kata Banjir, Saya Kata Musim Tengkujuh” - Exco Kelantan
"Saya tak kata banjir, saya kata musim tengkujuh," kata Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md Nor selepas kenyataannya mengenai mempromosikan musim tengkujuh dijadikan produk pelancongan Kelantan.
Beliau menegaskan, banjir tidak semestinya berlaku pada musim tengkujuh kerana ada juga tahun yang tenang dan tiada musibah itu.
Jelas Kamarudin, pelancong yang datang ke Kelantan merosot pada musim Monsun Timur Laut (MT) dan aktiviti sangat terhad yang mungkin membawa kesan ekonomi kepada masyarakat setempat.
"Saya rasa wajar mencari jalan bagaimana pengunjung dan pelancong tetap terus datang walaupun musim hujan demi kelangsungan hidup sesetengah pengusaha yang bergantung kepada jumlah pelanggan.
"Jadi saya mencadangkan diadakan pesta makanan musim tengkujuh yang rata-ratanya akan memperkenalkan masakan pelbagai jenis ikan darat dan kuih-muih berasaskan peibagai jenis ubi dan beras," jelasnya lagi.
Tambah Kamarudin, aktiviti luncur air pula merupakan cadangan daripada satu persatuan luncur air dari Kuala Lumpur yang bersedia membawa ahli mereka ke Pantai Kemasin untuk tujuan memperkenalkannya kepada golongan muda.

BERITA TRENDING: "Saya Orang Lama, Tak Popular Pun…”- Mak Engku Sebak, Lihat Rakan Artis Tak Putus-Putus Datang Ziarah

BERITA TRENDING: Abang Viva Mulakan Misi Bantuan Esok Tanpa Ditemani Viva , Tetapi ...

BERITA TRENDING: Bakal Berentap Dengan ‘Panda Kick’, Jojo Optimis Banggakan Negara - “Tidak Lama Lagi Kita Akan Buktikan…”

BERITA TRENDING: Banjir Kian Memburuk, Sembilan Negeri Terjejas & Mangsa Meningkat Lebih 85,000

"Luncur air memerlukan ombak lebih besar yang hanya berlaku dalam musim tengkujuh ini," katanya.
Kenyataan beliau mengenai produk pelancongan pada musim temgkujuh itu menimbulkan kontroversi dan menerima kecaman netizen.
Ada juga yang berpendapat kenyataan itu tidak sensitif dengan keadaan mangsa banjir.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024