Laman Utama

“Saya Tak Kata Pun Datang Set Kena Sujud Kaki, Sembah Saya…Tak Perlu!” – Shiela Rusly

gempak
Fiza Kamarudin
04/07/2021
05:30 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tak Kata Pun Datang Set Kena Sujud Kaki, Sembah Saya…Tak Perlu!” – Shiela Rusly
Penerbit dan pelakon berpengalaman, Shiela Rusly mengakui hanya mahu yang terbaik dalam setiap karya diterbitkan.
Oleh itu katanya, para pelakon terutama bakat-bakat baru perlu peka dan sentiasa bersedia sebelum masuk ke set penggambaran.
Shiela berkata, dia tidak memerlukan pemberian seperti makanan dan minuman untuk membeli jiwa.
“Tanggungjawab saya sebagai penerbit adalah untuk bagi yang terbaik kepada penonton yang demand drama-drama berkualiti dan kelainan.
“Saya juga sudah dipertanggungjawabkan oleh pihak stesen TV untuk deliver produk-produk ataupun karya-karya yang berkualiti sebab itu saya demand lebih daripada pelakon-pelakon saya supaya mereka buat persediaan.
“Saya tak kata pun dorang sampai set kena sujud kaki, sembah saya tak perlu! Tak perlu belikan Nescafe ke Starbucks ke tak perlu.
“Cuma datang set saya, buat persediaan, itu sahaja. Persediaan yang saya tuntut itu persediaan yang telah pun saya bayar mereka 50%, 30% bukannya dorang berlakon free,” tegasnya.
Tambahnya lagi para pelakon perlu berusaha kelompok untuk melunaskan tanggungjawab yang diberikan oleh pengarah dan penerbit sebaik mungkin.
“So saya rasa bila anda (pelakon) telah dipertanggungjawabkan untuk melakonkan apa saja watak dalam mana-mana karya, anda kena ada effort untuk bagi yang terbaik sebab producer mahu hasilkan yang terbaik.
“Saya dah lama dalam industri ini dah lebih 30 tahun…Kalau saya buat cerita bagai melepaskan batuk di tangga, lebih saya fokus kepada restoran saya sahaja, tak payah saya buat drama dah,” katanya.
Dalam pada itu Shiela berkata dia perlu menunjukkan contoh yang baik kepada penerbit lain supaya lebih bertanggungjawab terhadap kerja masing-masing.
“Saya kena bagi contoh yang baik kepada penerbit-penerbit yang lain juga supaya ambil tahu drama apa yang diterbitkan, siapa para pelakonnya, apa kerja pengarah di lokasi.
“Jangan janji macam-macam pada stesen TV tapi bila produk sampai tah apa-apa. Tak boleh, sebab itu tanggungjawab kita.
“Itu amanah kita untuk membuat yang terbaik buat tatapan penonton yang sanggup duduk satu jam depan TV nak tengok drama kita, kenapa tak nak buat betul-betul?
“Lepas tu expect orang puji? Macam mana orang nak puji kalau tak buat betul-betul?,” katanya ketika sidang akhbar virtual drama terbitannya, Ratu Ten Pin baru-baru ini.
Ratu Ten Pin yang mengangkat tema sukan boling bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, pukul 11 malam di saluran Astro Ria (104).
Drama terbitan JS Pictures itu dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Elisya Sandha Nazim Othman, Fify Azmi, Sheila Rusly, Datuk Eizlan Yusof, Aleeza Kassim, Lisdawati, Esma Daniel dan bekas atlet boling kebangsaan, Syaidatul Afifah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024